Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Segera

Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Segera. Anda mencari cara untuk merawat sakit tekak secara semulajadi? Bila tibanya musim panas dan musim durian, pasti ramai yang akan sakit tekak. Telan air liur je dah rasa perit. Tonsil pun akan mula membengkak.

Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Segera

Terdapat pelbagai jenis gula-gula di pasaran yang dapat melegakan rasa perit di bahagian tekak. Tapi untuk anda yang tidak begitu gemar menghisap gula-gula, nah sis kongsikan beberapa bahan semulajadi yang mujarab untuk merawat sakit tekak.

Petua Hilangkan Sakit Tekak

1) Campuran Air Limau Dan Sesudu Madu – Perahkan sedikit jus limu nipis kedalam segelas air suam. Tambahkan sesudu madu lebah yang asli. Amalkan minum campuran air limau dan madu ini sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari.

2) Jus Asam Jawa – Campurakan sedikit asam jawa dengan segelas air suam. Tapiskan dan minum air tersebut. Selain membuat sendiri jus asam jawa ini, anda boleh juga membeli jus asam jawa yang banyak dijual di kedai atau pasaraya. Tapikan pada pendapat sis la, jus asam jawa yang dibuat sendiri di rumah lebih mujarab untuk merawat sakit tekak.

3) Berkumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu kecil garam ke dalam segelas air dan kacau sehingga garam larut dalam air. Kumur beberapa kali. Berkumur dengan air garam dapat melegakan rasa gatal dan perit di bahagian tekak.

4) Jus Timun – Kupas kulit timun dan kisar untuk membuat jus timun. Minum jus timun dapat mengurangkan rasa sakit di bahagian tekak. Satu lagi petua mujarab untuk merawat sakit tekak adalah makan hirisan timun yang telah dicampur dengan sedikit garam.

Bahan-bahan untuk keempat-empat petua merawat sakit tekak ini memang mudah didapati dan boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja. Selain itu ketika sedang sakit tekak, elakkan minuman berais dan makanan pedas atau bergoreng. Minuman berkafein pun kalau boleh elakkan la sementera tengah sakit tekak.

Namun jika sakit tekak masih berlarutan dan anda mengalami demam, sis syorkan anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sejak kebelakangan ini ada macam-macam jenis penyakit jadi kenalah lebih peka tentang tahap kesihatan diri dan keluarga.

Jika anda rasakan artikelĀ Petua Hilangkan Sakit Tekak Dengan Segera ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan untuk informasi bersama.

(Visited 7 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *