Home » Petua Hari Ini » Petua Hilangkan Kerak Hitam Dalam Cerek

Petua Hilangkan Kerak Hitam Dalam Cerek

Petua Hilangkan Kerak Hitam Dalam Cerek. Cerek atau teko kalau kerap digunakan untuk masak air pasti akan ada kesan karat air atau kerak hitam di dalamnya. Berbeza dengan kuali dan periuk yang lebih mudah disental, cerek atau teko mempunyai permukaan dalam yang agak terlindung dan sukar dibersihkan.

Takkan setiap kali cerek atau teko tu ada kesan hitam kita nak buang dan beli yang baru. Bukankah membazir namanya tu. Kalau tak dicuci kerak hitam dalam cerek itu nanti boleh mudaratkan kesihatan pula. Untuk anda yang mempunyai masalah untuk menanggalkan kesan atau kerak hitam dalam cerek, boleh cuba petua ringkas ini.

Petua Hilangkan Kerak Hitam Dalam Cerek

Petua Hilangkan Kerak Hitam Dalam Cerek

1) Isikan cerek dengan air dan masukkan dua sudu soda bikarbonat ke dalamnya. Kacau dan rebus hingga mendidih. Biarkan air soda bikarbonat dalam cerek sehingga sejuk, kemudian barulah anda cuci cerek atau teko tersebut. Kerak hitam akan tertanggal. Kalau masih ada sisa kesan hitam, boleh ulangi proses ini.

2) Campurkan air dengan cuka makan. Anggaran 2/3 sukatan cuka makan dengan jumlah air. Kacau dan tuang ke dalam cerek. Didihkan air dan biarkan air sejuk semalaman dalam cerek atau teko. Selepas itu sental untuk menanggalkan kesan karat air atau kerak hitam.

3) Anda juga boleh gantikan cuka makan dengan lemon. Caranya anda hanya perlu hiris sebiji lemon dan didihkan hirisan lemon dengan air. Biarkan sejuk semalaman. Kemudian sental bahagian dalam cerek dengan span lembut. Dan bilas dengan air bersih.

Anda juga boleh gunakan petua-petua ini untuk mencuci cerek elektrik.

 

(Visited 85 times, 1 visits today)
  • 1
    Share

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …