Friday , 21 July 2017
Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Petua Hilangkan Hanyir Ikan Dalam Sup

Petua Hilangkan Hanyir Ikan Dalam Sup

Petua Hilangkan Hanyir Ikan Dalam Sup. Anda penggemar sup ikan tetapi sering kecewa kerana sup ikan berbau hanyir? Tentu anda tercari-cari petua untuk hilangkan hanyir ikan dan rahsia untuk mendapatkan sup yang menyelerakan.

Hanya ada satu petua mudah untuk mendapatkan sup ikan yang sedap dan tanpa bau hanyir. Anda hanya perlu masukkan dua sudu kecil jus limau nipis ke dalam sup ikan. Perahan jus limau nipis bukan hanya akan hilangkan hanyir ikan dalam sup tetapi akan lebih melazatkan resepi sup ikan anda.

Petua Hilangkan Hanyir Ikan Dalam Sup

Bercakap tentang resepi sup ikan, memandangkan anda dah tau Petua Hilangkan Hanyir Ikan Dalam Sup, Notawanita nak kongsikan satu resepi sup ikan yang sangat sedap dan istimewa untuk anda cuba. Kalau makan ketika cuaca sejuk, memang sangat menyelerakan. Resepi ini adalah dari perkongsian majalah Rasa

Resepi Sup Ikan Merah Yang Sedap

BAHAN-BAHAN:

  • 400 gm isi ikan  merah | dipotong dadu
  • 4 ulas bawang merah |hiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • Sedikit halia | dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji tomato | dibuang biji & dipotong dadu
  • ½ sudu teh lada hitam biji | ditumbuk kasar
  • 600 ml air
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak Sup Ikan Merah Yang Sedap

1) Mula-mula sekali anda perlu panaskan minyk dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dihiris.
2) Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
3) Selepas itu masukkan isi ikan dan hirisan buah tomato. Jangan lupa jus limau nipis tu ye.
4) Tunggu setelah isi ikan masak baru masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
5) Sebelum padamkan api, jangan lupa taburkan daun sup.

Selamat mencuba.

 

(Visited 125 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dendam Aurora

Sinopsis Drama Dendam Aurora

Notawanita kongsikan Sinopsis Drama Dendam Aurora lakonan Nabila Huda dan Ungku Ismail. Pastinya drama Dendam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *