Thursday , 23 November 2017
Home » Petua Hari Ini » Petua Hilangkan Bau Ketiak Dengan Cepat

Petua Hilangkan Bau Ketiak Dengan Cepat

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK DENGAN CEPAT. Masalah bau ketiak pasti membuatkan anda merasa rendah diri dan malu. Terdapat banyak petua hilangkan bau ketiak yang boleh anda cuba selain menggunakan deodran atau minyak wangi.

Bau ketiak atau bau badan yang tidak menyenangkan sering dikaitkan dengan individu yang kurang memberi perhatian kepada kebersihan diri. Sebenarnya tanggapan sebegitu agak tidak tepat. Terdapat segelintir individu yang sangat mengambil berat soal kebersihan badan tetapi tetap juga mempunyai bau ketiak atau bau badan yang kurang menyenangkan terutamanya ketika mula berpeluh.

Petua Hilangkan Bau Ketiak Dengan Cepat

Ada yang mengaitkan masalah bau ketiak dengan cara pemakanan. Ada juga yang mengatakan bahawa hormon menjadi punca badan berbau. Apa sahaja puncanya, bau badan yang sangat tidak menyenangkan pasti akan membuatkan orang sekeliling menjauhkan diri.

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK DENGAN CEPAT

1) Campurkan sedikit kapur dengan perahan jus limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi. Cuba amalkan sekali sehari untuk melihat hasilnya

2) Bersihkan bebeberapa helai daun pandan dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian perah dan tapis jusnya. Selepas itu ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan perahan jus pandan tadi sehingga menjadi pes. Sapukan pes tersebut pada ketiak setiap malam sebelum anda tidur.

3) Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan. Gunakan sabun mandian yang jenis anti bakteria yang bersesuain dengan kulit anda.

4) Ambil kulit pisang masak dan sapukan pada bahagian kulit ketiak selama 10 minit sebelum mandi. Selepas itu basuh dengan sabun dan bilas dengan air bersih.

5) Ambil sebiji limau nipis atau limau purut. Belah dua dan gosokkan pada bahagian ketiak setiap kali sebelum mandi. Biarkan jus limau itu kering terlebih dahulu kemudian barulah mandi seperti biasa.

6) Tumbuk beberapa helai daun sirih. Perah dan sapukan jus daun sirih pada ketiak. Lakukan setiap kali sebelum mandi.

 

Untuk anda yang mempunyai masalah bau ketiak, silalah cuba salah satu petua di atas. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasilnya. Jangan lupa juga layari koleksi petua Notawanita di Petua Hari Ini. Selamat mencuba Petua Hilangkan Bau Ketiak Dengan Cepat

(Visited 37 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *