Saturday , 26 May 2018
Home » Kecantikan » Petua Cerahkan Kulit Guna Bahan Semulajadi

Petua Cerahkan Kulit Guna Bahan Semulajadi

Kulit yang cerah menjadi idaman wanita. Tahukah anda terdapat petua cerahkan kulit guna bahan semulajadi yang sememangnya berkesan. Mungkin ada segelintir dari anda yang was-was menggunakan produk pemutihan kulit yang dijual di pasaran.

Ada beberapa bahan semulajadi dari dapur yang boleh anda gunakan untuk cerahkan kulit. Selain tidak memerlukan belanja yang besar untuk membeli produk yang mahal, bahan-bahan semulajadi juga lebih selamat digunakan tanpa kesan sampingan yang memudaratkan kulit.

9 Petua Cerahkan Kulit Guna Bahan Semulajadi

1) Kisar dua camca beras sehingga halus. Tambahkan satu sudu madu asli dan sedikit teh pekat. Kacau sebati sehingga menjadi krim. Sapukan pada kulit wajah dan biarkan sehingga kering. Selepas itu barulah cuci menggunakan air yang bersih. Jika rajin diamalkan, kulit wajah akan menjadi lebih cerah.

Petua Cerahkan Kulit Guna Bahan Semulajadi

2) Campurkan sebiji telur dengan minyak kelapa dan sedikit madu asli. Kacau sebati dan simpan dalam peti sejuk untuk kira-kira satu jam. Selepas itu ratakan pada wajah. Lepas setengah jam, barulah cuci muka seperti biasa.

3) Cuci bersih kulit telur dan kemudian keringkan. Selepas itu kisar halus. Campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air suam. Sapukan ke kulit muka dan urut perlahan. Tunggu sehingga kering, selepas itu baru cuci bersih

4) Ambil sedikit susu tepung dan campurkan dengan air sehingga sebati. Sapukan ke seluruh kulit muka. Biarkan kering kemudian cuci muka dengan air yang bersih. Petua ini boleh diamalkan dua atau tiga kali seminggu.

5) Kisar beras pulut sehingga halus. Tambahkan sedikit air. Sapukan ke muka seperti skrub. Selain mencerahkan kulit, beras pulut juga bertindak menanggalkan sel-sel kulit mati.

6) Parut isi timun. Campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan jus limau nipis sehingga menjadi masker. Sapukan pada kulit wajah. Jika diamalkan setiap malam, bukan sahaja kulit muka menjadi cerah tetapi parut jerawat juga akan pudar.

7) Kisar lobak dan campurkan dengan sebiji kuning telur dan jus limau nipis. Kacau sebati dan campurkan ke kulit muka. Biarkan selama 30 minit selepas itu barulah cuci dengan air bersih.

8) Tumbuk beberapa helai pucuk jambu batu sehingga lumat. Tambakan sedikit air. Gosok perlahan-lahan campuran tadi ke kulit muka untuk beberapa minit. Kemudian bersihkan muka dengan air. Pucuk jambu air berkhasiat juga untuk melembutkan kulit.

9) Rendam kacang badam dan kacang soya untuk semalaman. Keesokkan pagi kisarkan kedua-duanya sehingga halus. Sapukan ke muka dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan dengan air.

Harus diingatkan bahawa senarai petua cerahkan kulit guna bahan semulajadi yang dikongsikan ini perlu diamalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

(Visited 162 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Iman Ke Syurga Cerekarama TV3

Sinopsis Iman Ke Syurga Cerekarama TV3

Sinopsis Iman Ke Syurga Cerekarama TV3. Telefilem berjudul Iman Ke Syurga lakonan Zahiril Adzim, Syiera Ayob akan disiarkan …