Friday , 20 October 2017
Home » Petua Hari Ini » Petua Berkesan Merawat Sakit Gigi

Petua Berkesan Merawat Sakit Gigi

Petua Berkesan Merawat Sakit Gigi. Bila sakit gigi, fokus pada aktiviti dan tugasan seharian memang akan terjejas. Rasa berdenyut-denyut di bahagian gigi dan gusi memang menyeksakan.

Sementara menunggu untuk berjumpa doktor gigi, anda boleh cuba beberapa petua hilangkan sakit gigi yang kami kongsikan dibawah ini.

Petua Berkesan Merawat Sakit Gigi

Petua Berkesan Merawat Sakit Gigi

1) Cuka – Untuk menghilangkan sakit gigi, orang dulu-dulu suka berkumur menggunakan cuka. Caranya anda hanya perlu campurkan sedikit cuka ke dalam gelas berisi air suam. Kacau. Dan kumur dalam dua kali sehari.

2) Bunga Cengkih – Penggunaan bunga cengkih untuk menghilangkan sakit gigi memang mujarab. Anda hanya perlu ambil beberapa bunga cengkih dan gigit-gigit di bahagian yang sakit. Ataupun anda boleh tumbuk bunga cengkih menjadi serbuk. Letakkan beberapa titis air dan sapukan ke bahagian gigi yang sakit.

3) Bawang Putih – Satu petua berkesan untuk sakit gigi akibat berlubang adalah dengan menggunakan bawang putih. Caranya tumbuk bawang putih hingga lumat. Tambahkan beberapa titis cuka dan letakkan di bahagian gigi yang berlubang.

4) Belimbing Buluh – Satu lagi petua hilangkan sakit gigi yang mudah diamalkan adalah dengan mengunyah buah belimbing buluh yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

5) Kapur Sirih – Kapur Sirih dikatakan dapat menghilangkan rasa sakit gigi. Hanya perlu mengunyah kapur sirih sehingga lumat. Petua ini perlu diamalkan sehingga sakit gigi berkurangan.

Petua merawat sakit gigi yang dikongsikan disini menggunakan bahan-bahan semulajadi. Tetapi anda disyorkan untuk mendapatkan rawatan pergigian jika anda kerap sakit gigi.

(Visited 362 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *