Home » Kesihatan » Masalah Kesihatan » Mesothelioma Sejenis Penyakit Yang Merbahaya

Mesothelioma Sejenis Penyakit Yang Merbahaya

Mesothelioma Sejenis Penyakit Yang Merbahaya. Apa itu Mesothelioma? Mesothelioma adalah sejenis kanser yang sangat agresif yang bermula di lapisan paru-paru, perut, atau jantung. Kanser ini berpunca dari asbestos. Setakat ini belum ada rawatan untuk menyembuhkan penyakit Mesothelioma sepenuhnya.

Sis mula terbaca tentang Mesothelioma ini selepas membuat kajian tentang keyword adsense. Jadi sis terus buat carian di Google. Rupanya ada banyak juga informasi tentang Mesothelioma. Individu yang terdedah dengan asbestos mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Simptom awal Mesothelioma ni boleh bermula selepas 20 ke 50 tahun seseorang itu terdedah pada asbestos. Lama juga tu kan.

Mesothelioma Sejenis Penyakit Yang Merbahaya

Mesothelioma Sejenis Penyakit Yang Merbahaya

Bila menyentuh tentang Mesothelioma dan asbestos ni, sis teringat tentang khabar berita yang agak viral di sosial media kebelakangan ini. Bedak dari jenama yang agak popular, dikatakan menjadi penyebab ramai wanita yang terkena kanser ovari. Itupun dikatakan berpunca dari serbuk asbestos yang terkandung dalam jenama bedak tersebut. Jadi memang bahaya la juga asbestos ni kan.

Tempoh hayat pesakit yang menghidap Mesothelioma dikatakan tidak panjang kerana belum ada penawar untuk merawat penyakit ini. Tahap penyakit, jenis sel, dan lokasi tumor menjadi antara faktor penting untuk menilai kelangsungan hidup seseorang pesakit. Selain itu tahap kesihatan dan umur seseorang pesaki juga memainkan peranan. Jika kanser Mesothelioma ini telah merebak maka proses pemulihan menjadi sesuatu yang agak mustahil.

Simptom kanser Mesothelioma

  • sakit dada
  • masalah pernafasan
  • anemia
  • loya atau kerap muntah
  • kehilangan berat badan secara mendadak

3 Jenis Kanser Mesothelioma

  1. Pleural Mesothelioma (paru-paru)
  2. Peritoneal Mesothelioma (perut)
  3. Pericardial Mesothelioma (jantung)

Rawatan Kanser Mesothelioma

Seperti penyakit kanser yang lain, Mesothelioma mempunyai 4 tahap. Tahap 1 dan 2 masih boleh dirawat melalui pembedahan, kimoterapi dan radioterapi. Tetapi bagi pesakit yang berada di tahap 3 dan 4, agak sukar untuk pulih sepenuhnya.

Namun kini pelbagai kajian dijalankan untuk mencari kaedah rawatan yang baru. Mungkin di masa akan datang, penawar bagi kanser Mesothelioma akan ditemui.

Inilah dia sedikit informasi tentang kanser Mesothelioma yang sis dapat kongsikan. Apa yang sis tulis di sini adalah berdasarkan informasi yang sis dapat melalui pembacaan. Untuk penerangan yang lebih jelas dan lengkap, anda perlulah berjumpa dengan yang lebih pakar tentang Mesothelioma sejenis penyakit yang merbahaya.

sumber : Mesothelioma Cancer

(Visited 30 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *