Thursday , 23 November 2017
Home » Advertorial » Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST 2017. Anda seorang blogger? Dah join contest Lazada bersempena dengan Online Revolution yang akan berlangsung dari 11.11 sehingga 12.12 tahun 2017?

Sebut sahaja LAZADA pasti  sudah terbayang di minda, gedung membeli belah dalam talian yang menjual pelbagai jenis barangan yang sesuai untuk semua peringkat usia tak kira jantina.  Memang tak sah la kalau kaki shopping online tak kenal Lazada kan. Yang bestnya, barangan yang dijual di Lazada, harganya jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Kurang dari tiga hari sahaja lagi akan bermula Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution) yang akan berlangsung selama sebulan mulai 11.11.2017 sehingga 12.12.2017. Waktu macam inilah paling sesuai untuk shopping online sebab barangan akan jauh lebih murah berbanding biasa. Ada barangan yang diskaunnya sampai 90%. Dan yang lagi best, Lazada turut memberi baucer diskaun tambahan kepada pembeli yang bertuah.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Bercerita tentang Lazada ni, teringat pula kisah pengalaman pertama membeli belah di Lazada. Kalau tak silap dah lebih 5 tahun la juga.

Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Kita buat artikel dwibahasa la kejap ye. Sekali sekala tak apa kan. Produk pertama yang saya beli dari Lazada adalah alat penimbang digital untuk menimbang bahan-bahan membuat kek. Kebetulan masa tu alat penimbang yang ada kat rumah dah rosak. Pergi cari kat kedai-kedai yang berdekatan, tak ada pula yang berkenan di hati. Lepas ternampak iklan Lazada di TV, terus layari laman webnya. Bila ternampak je alat penimbang digital terus terpikat. Selama ini guna alat penimbang biasa je. Yang bestnya, alat penimbang digital itu tengah ada diskaun sampai 60% masa tu. Apa lagi, laju jelah klik add to cart.

Online Revolution 2017

Beli dari Lazada ini tak banyak kerenah, yang baru pertama kali nak shopping online pun pasti dapat membeli tanpa ada sebarang masalah. Masa saya beli alat penimbang digital itu pun langsung tak ada masalah. Sedar-sedar sehari dua selepas itu, alat penimbang digital dah sampai ke rumah dalam keadaan yang sempurna.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Which types of products would you prefer buying online?

Bermula dari pengalaman manis yang pertama, selepas itu memang agak kerap jugalah membeli belah di Lazada. Macam-macam barang juga yang dibeli, dari perkakasan rumah, alat solek, barangan elektrik dan macam-macam lagilah. Tapi yang paling saya suka beli online di Lazada adalah barangan DIY seperti yang kat bawah ini. Nak tahu kenapa? Sebab kat seremban, memang payah nak cari barangan seperti ini kat kedai. Seorang pembuat barangan kraf kertas seperti saya, sangat-sangat memerlukan barangan seperti ini untuk menyiapkan tempahan setiap hari. Jadi barangan yang dijual oleh Lazada ini sangat memudahkan urusan harian saya. Tak perlu dah nak bazir masa dan tenaga keluar masuk kedai untuk mencari barang-barangan kraf ni

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

What do you love about online shopping?

Kalau ditanya kenapa saya suka membeli-belah secara atas talian, ada beberapa faktor sebenarnya. Yang paling utama seperti saya katakan tadi, tak perlu bazir masa dan tenaga keluar masuk kedai. Katakan la kalau saya nak beli beberapa barang berbeza seperti baju, kasut, gincu, pengisar makanan, powerbank dan makanan kucing. Bermaksud saya perlu pergi ke hampir 6 kedai yang berbeza dan itu belum tentu lagi keenam-enam kedai itu menawarkan barangan yang saya nak. Tetapi kalau beli online di Lazada, saya hanya perlukan laptop atau telefon dan saya boleh survey kesemua barangan yang ingin saya beli itu dalam keselesaan rumah saya sendiri. Sambil kunyah kacang sambil klik. Sedar-sedar dah selesai shopping. Esok lusa tunggu sahaja barangan sampai ke depan pintu. Jimat masa, tenaga dan juga duit.

Kedua saya juga boleh bandingkan harga barangan mengikut jenama dan baca review yang telah ditulis oleh pembeli tentang kualiti produk. Dengan info atau maklumat sebegini saya dapat menjadi pengguna yang bijak dengan membeli barangan yang berkualiti pada harga yang sangat-sangat berpatutan.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Memandangkan Lazada Online Revolution sales akan berlangsung pada 11.11 2017 (kurang dari tiga hari sahaja lagi), saya dah pun beberapa kali layari laman web Lazada untuk mencari barang-barang yang ingin dibeli. Kalau berminat dengan mana-mana barang, saya akan masukkan dalam wishlist terlebih dahulu. Bermula 11.11 2017 nanti bolehlah saya beli barangan yang ada dalam wishlist tu. Masa tu memang jimat beli, sebab semuanya akan dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Antara senarai barangan yang saya nak beli masa Lazada Online Revolution Sales adalah

Lazada Online Sales

Cutting & Embossing Machine Starter Kit ni  memang akan memudahkan kerja-kerja ‘paper craft’ yang saya usahakan. Size cutting machine ni agak besar berbanding saiz yang saya miliki sekarang ni. Kalau guna yang saiz besar macam ni, lagi cepatlah kerja saya siap nanti. Ada lebih masa terluang untuk shopping kat Lazada lagi…hahaha.

Lazada Online Revolution Tawarkan Diskaun

Kebetulan rice cooker atau periuk nasi kat rumah dah pecah pula tempat pemegang penutupnya. Jadi memang tengah survey nak cari rice cooker yang sesuai. Terpikat pada Philips Daily Collection Jar Rice ni. Terbaca kat review yang ditinggalkan kat Lazada, ramai pembeli yang kata rice cooker ni nasi tak melekat pada permukaan periuk selepas dimasak dan mudah di cuci, jadi tak adalah membazir nasi nanti.

Lazada Blogger Contest 2017

Tanpa powerbank memang susahlah nak berjalan ke mana-mana kalau jenis yang bateri fon cepat habis macam saya ni. Powerbank yang lama dah rosak, jadi memang wajib la beli powerbank baru. Sebelum ni guna powerbank Pineng warna putih. Kali ni teringin pula beli powerbank warna pink (warna kegemaran tuan blog)

Ok cukupalah tiga ni dulu, nanti kalau kongsi semuanya sampai 12.12.2017 pun tak siap-siap lagi artikel ini. Hakak kesayangan saya, Mama Annez pun dah banyak kali tanya bila nak siapkan artikel contest ni. Dia awal-awal lagi dah siap sedangkan saya yang ajak dia join Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017.

 

(Visited 19 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *