Home » Kecantikan » Khasiat Tomato Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Khasiat Tomato Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

KHASIAT TOMATO UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN. Tahukah anda bahawa buah tomato mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit? Selain dijadikan bahan masakan, tomato juga boleh dibuat jus atau dimakan mentah.

Menurut sumber wikipedia, Tomato atau nama saintifiknya Solanum lycopersicum yang dahulunya dikenali sebagai Lycopersicon lycopersicum adalah sejenis tumbuhan dalam kategori sayur dan ditanam sebagai makanan. Asal Tomato dari benua Amerika.

Khasiat Tomato Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Khasiat Tomato Untuk Kesihatan Tubuh

1) Melancarkan Sistem Pencernaan – Tomato tinggi dengan kandungan serat. Serat dapat membantu melancarkan sistem pencernaan badan kita. Jadi untuk anda yang kerap menghadapi masalah sembelit, disyorkan minum jus tomato.

2) Menguatkan Tulang – Tomato kaya dengan vitamin, antaranya vitamin K. Vitamin K membantu mencegah penyakit osteoperosis.

3) Mencegah Penyakit Kencing Manis (Diabetes) – Tomato berkhasiat untuk membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dan sangat sesuai dimakan oleh pesakit diabetes atau kencing manis.

4) Memelihara Tahap Kesihatan Mata – Tomato kaya dengan sumber vitamin A yang membantu merawat masalah kesihatan mata disamping menajamkan penglihatan.

Khasiat Tomato Untuk Kecantikan Kulit

1) Mengecilkan Liang Pori – Ambil sebiji tomato dan kisarkan. Sapukan jus tomato ke seluruh bahagian wajah untuk mengecilkan liang-liang pori.

2) Membantu Menurunkan Berat Badan – Antara amalan diet yang sihat adalah pastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi. Jika anda sedang berdiet, cuba amalkan minum jus tomato dua kali sehari ataupun makan salad yang menggandungi hirisan tomato. Jika diamalkan berterusan, boleh membantu kurangkan berat badan secara sihat.

3) Menyuburkan Rambut – Inginkan rambut yang nampak lebih sihat dan bermaya? Ambil jus tomato dan lumurkan ke seluruh bahagian rambut anda.

4) Mencerahkan Kulit Yang Nampak Kusam – Buah tomato kaya dengan vitamin A dan C yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kulit anda. Hiriskan tomato dan gosokkan secara perlahan ke seluruh bahagian muka. Jika kerap diamalkan, kulit anda kelihatan lebih cerah dan segar.

5) Mengatasi Masalah Kelemumur – Untuk anda yang mempunyai masalah kelemumur, mungkin tomato dapat mengatasinya. Anda hanya perlu sapukan tomato pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas. Jika diamalkan selalu, masalah kelemumur akan hilang.

Semoga artikel Khasiat Tomato Untuk Kesihatan Dan Kecantikan ini bermanfaat untuk anda. Lepas ini kena rajin makan tomato.

(Visited 242 times, 1 visits today)

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *