Khasiat Kurma Selain Memberi Tenaga Ketika Berpuasa

Khasiat Kurma Selain Memberi Tenaga Ketika Berpuasa. Kurma menjadi popular setiap kali menjelang bulan Ramadan. Buah yang tinggi kandungan serat ini dikatakan juga dapat membantu menurunkan berat badan, merawat masalah sembelit dan memelihara sistem saraf.

Dahulu akibat kurang pengetahuan tentang khasiat Kurma, ramai yang hanya memakan buah Kurma ketika bulan puasa sahaja. Namun kini sudah banyak kajian telah dijalankan dan pelbagai kebaikan atau khasiat Kurma sudah diketahui. Jadi tak peliklah bila semakin banyak produk kesihatan dan kecantikan turut mengandungi buah Kurma sebagai bahan utama dalam produk tersebut.

Khasiat Kurma Selain Memberi Tenaga Ketika Berpuasa

Khasiat Kurma Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Menurunkan Berat Badan – Jadikan amalan makan Kurma setiap hari sebelum makan. Terutamanya ketika bersarapan dan makan malam. Buah kurma dapat membekalkan tenaga jadi anda bolehlah kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat seperti nasi. Rutin memakan buah kurma setiap hari akan membuatkan badan anda berasa lebih sihat dan cergas.

Memelihara Sistem Saraf – Buah Kurma kaya dengan nutrisi antaranya Potassium yang membantu menyeimbangkan kandungan air dalam badan. Ia juga membantu pembentukkan otot dan memulihara sistem saraf.

 Merawat Masalah Sembelit – Kulit Kurma yang tinggi kandungan serat memang baik untuk sistem pelawasan. Kajian menunjukkan buah Kurma mempunyai kandungan serat lebih tinggi berbanding pisang. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sukar membuang air besar, bolehlah amalkan memakan buah kurma setiap hari. 

Membekalkan Tenaga – Pasti ramai yang dah sedia maklum tentang khasiat buah kurma yang membantu membekalkan tenaga segera. Untuk anda yang sering berasa lesu dan mudah letih, eloklah amalkan memakan buah kurma ataupun produk makanan dan minuman kesihatan yang mengandungi kurma.

Untuk anda yang ingin menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan dalaman, jangan lupa amalkan memakan buah kurma. Buah kurma juga boleh direndam semalaman dalam air dan diminum air kurma itu setiap pagi. Tapi selain itu kena juga rajin bersenam dan minum air secukupnya.

Semoga artikel Khasiat Kurma Selain Memberi Tenaga Ketika Berpuasa ini memberi anda sedikit info tambahan yang bermanfaat tentang kebaikan buah kurma.

(Visited 28 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *