Home » Dapur » Info Makanan » Khasiat Celery Untuk Kesihatan

Khasiat Celery Untuk Kesihatan

Khasiat Celery Untuk Kesihatan. Satu ketika dulu, Celery atau batang Saderi merupakan sejenis sayuran yang agak kurang popular dan tidak digemari. Namun kini ramai yang telah mengetahui khasiat Celery dan mula menjadikannya antara sayur pilihan.

Khasiat Celery Untuk Kesihatan

Celery boleh di makan mentah ataupun dimasak. Selain itu celery juga boleh dibuat jus yang sedap dan menyihatkan. Adakah anda seorang penggemar celery. Jika tidak, kami di Notawanita yakin selepas anda membaca perkongsian ini, anda pasti akan menjadikan Celery atau batang Saderi sebagai salah satu sayuran pilihan.

Khasiat Celery Untuk Kesihatan

1)Celery adalah antara sayuran yang paling sesuai di makan sekiranya anda sedang berdiet. Satu batang Celery mengandungi hanya 10 kalori. Jadi untuk anda yang sedang berdiet, boleh la beli Celery dan buat salad atau jus. Nak goreng atau buat sup pun boleh.

2) Celery mengurangkan keradangan. Ia berkhasiat untuk anda yang mempunyai sakit sendi, asma, jangkita paru-paru, alergi ataupun masalah jerawat.

3) Celery boleh dijadikan kudapan yang menyihatkan. Ia mengandungi mangnesium dan minyak pati yang memberikan kelegaan kepada sistem saraf. Jadi untuk anda yang kerap berasa tertekan atau stress dan sukar tidur malam, amalan makan celery atau minum jus celery memang sangat membantu.

4) Celery berkhasiat untuk membantu sistem penghadaman. Celery mempunyai kandungan air dan fiber yang agak tinggi dan sesuai untuk anda yang kerap menghadapi masalah sembelit.

5) Celery mengandungi garam organik yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.

6) Celery kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Ia dapat melindungi mata dan mengelak dari kemerosotan penglihatan akibat umur yang semakin meningkat.

7) Menurut kajian amalan memakan hanya dua batang Celery sehari dapat membantu menyingkirkan kolestrol jahat.

8) Berita baik untuk anda yang berdepan masalah tekanan darah tinggi kerana Celery dapat membantu menurunkan tekanan darah terutamanya jika diambil secara mentah.

9) Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa Celery dapat melawan penyakit kanser. Pengambilan Celery secara konsisten dapat menghalang pertumbuhan sel kanser terutamanya kanser payudara dan kanser pankreas.

Sedikit Nota Tambahan Untuk Anda: Jika hendak membeli Celery, pastikan anda pilih batang Celery yang kelihatan masih ranggup dan mudah patah bila dibengkokkan. Daunnya pula masih segar dan warnanya agak gelap. Celery yang dipotong segar dapat mengekalkan kandungan nutrien ketika anda memakannya.

info: care2

 

(Visited 17,380 times, 5 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *