Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » Kesan Positif Yogurt Kepada Kesihatan

Kesan Positif Yogurt Kepada Kesihatan

Khasiat Yogurt. Anda penggemar yogurt? Mungkin anda masih belum tahu tentang kesan positif yogurt kepada kesihatan terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan kaum wanita.

Dalam artikel ini NW nak kongsikan kelebihan mengamalkan pengambilan yogurt untuk tubuh badan anda.

Kesan Positif Yogurt Kepada Kesihatan

Kesan Positif Yogurt Kepada Kesihatan

1)Pengambilan yogurt dikatakan dapat mengelak risiko jangkitan kulat terutamanya di bahagian intim wanita. Ini dapat memastikan tahap kesihatan di bahagian intim terpelihara.

2) Amalan makan atau minum yogurt secara kerap juga dapat membantu melancarkan sistem penghadaman. Ini dapat mengelakkan dari berlakunya sembelit iaitu kesukaran membuang air besar.

3)Yogurt juga kaya dengan sumber probiotik yang sesuai diambil oleh para ibu yang mengandung untuk membantu meningkatkan perkembangan saraf bayi dalam kandungan.

4) Yogurt kaya dengan vitamin antaranya vitamin D dan juga kalsium yang diperlukan oleh badan untuk meningkatkan kesihatan tulang dan gigi. Pengambilan yogurt secara kerap dapat membantu mengurangkan risiko penyakit osteoporosis atau masalah tulang reput. Untuk anda yang tidak gemar minum susu, NW syorkan agar anda minum yogurt secara kerap.

khasiat yogurt

Untuk kecantikan pula, yogurt dikatakan dapat memberi kesan positif kepada kesihatan kulit anda dan ia mampu bertindak sebagai bahan awet muda. Tak percaya? Apa kata anda cuba beberapa petua atau tips kecantikan yang NW kongsikan di bawah ini.

  1. Merawat Mata Panda – Lingkaran gelap di bawah mata, pasti akan mencacatkan penampilan. Muka akan kelihatan kurang bermaya dan tidak berseri bila terdapatnya lingkaran gelap atau dikenali sebagai mata panda. Untuk mengatasi masalah ini, apa kata anda sapukan yogurt di bawah kedua-dua belah mata. Biarkan untuk kira-kira 20 minit, sambil itu anda boleh baring, rehatkan badan dan pejam mata untuk seketika. Kemudian cuci dengan menggunakan air yang bersih.
  2. Pelembab Kulit – Yogurt juga boleh digunakan sebagai pelembab untuk kulit wajah dan badan. Petua ini amat sesuai untuk anda yang memiliki kulit yang kering dan sensitif. Apa yang perlu anda lakukan adalah, sapukan yogurt ke seluruh muka, tangan dan kaki setengah jam sebelum mandi.
  3. Petua Awet Muda – Untuk tidak kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar, NW nak kongsikan satu rahsia penggunaan yogurt dengan anda. Ambil sedikit yogurt dan campurkan dengan beberapa titis minyak zaitun. Campuran ini anda perlu urutkan ke kulit muka secara perlahan terutamanya di kawasan yang terdapat garis-garis halus atau kedutan. Biarkan kering untuk setengah jam kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga atau empat kali seminggu untuk hasil yang pasti buatkan anda tersenyum.

NotaWanita: Pilih yogurt yang segar dan perisa yang anda gemari untuk menikmati kesedapan rasanya. Untuk mendapat hasil yang diidamkan, yogurt perlu diambil secara kerap dan konsisten.

(Visited 1,088 times, 1 visits today)
  • 2
    Shares

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *