Friday , 20 October 2017
Home » Gaya Hidup » Santai » Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu

Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu

Jom Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu. Apakah warna gincu kegemaran anda? Ada kajian yang menunjukkan bahawa personaliti atau sikap seseorang wanita boleh didefinisikan berdasarkan warna gincu kegemarannya. Benarkah? Jom kita kaji

Gincu atau lipstick adalah antara alat solek yang wajib digunakan oleh kaum wanita ketika bersolek. Wajah yang kelihatan tidak bermaya atau kusam boleh kembali berseri dengan hanya mencalit gincu pada bibir.

Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu

Terdapat lambakan warna gincu di pasaran. Tidak kira dari rona terang atau gelap, setiap wanita tentunya mempunyai warna gincu kegemaran yang suka dipakainya hampir setiap hari.

Kenali Personaliti Wanita Berdasarkan Warna Gincu

Gincu Warna Merah – Antara warna gincu yang paling popular adalah merah. Menurut kajian, wanita yang mengemari gincu berwarna merah sukakan perhatian. Selain sentiasa tampil berkeyakinan, pemakai gincu berwarna merah juga adalah seorang yang suka kelihatan seksi dan bersemangat.

Gincu Warna Merah Jambu (Pink) – Pemakai gincu pink adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri feminin. Individu ini lebih mengutamakan kasih sayang dan kelembutan.

Gincu Warna Nude: Pemakaian gincu warna nude dikaitkan dengan lipgloss atau sekadar mencalit pelembab bibir tanpa warna. Si pemakai gincu warna nude adalah seorang yang sederhana, santai dan sangat mengemari ketenangan.

Gincu Warna Ungu: Semakin hari semakin ramai yang berani mengenakan gincu berona ungu. Kebiasaannya pemakai gincu warna ungu adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang agak misteri selain sukakan benda-benda yang unik.

Gincu Warna Oren: Si pemakai gincu warna oren adalah seorang yang sukakan keceriaan dan sering tampil sebagai seorang individu yang mudah didampingi, ceria dan mesra.

Gincu Warna Hitam: Memang jarang orang nak pakai gincu berwarna hitam setiap hari kan. Gincu berwarna hitam selalunya dipakai oleh model dan peminat gothic. Pemakai gincu berwarna hitam sering mempunyai keperibadian yang agak misteri selain daring dan seksi.

Adakah warna gincu kegemaran anda turut mencerminkan sedikit personaliti anda?

Jangan lupa baca artikel Kenali Personaliti Berdasarkan Haruman Minyak Wangi

 

(Visited 63 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *