Monday , 26 June 2017
Home » Kesihatan » Kelebihan Vitamin C Untuk Kesihatan

Kelebihan Vitamin C Untuk Kesihatan

Kelebihan Vitamin C Untuk Kesihatan. Kenapa perlu ambil vitamin C. Apa kelebihan vitamin C untuk kesihatan tubuh badan? Mungkin itu antara soalan yang sering ditanya setiap kali disyorkan untuk mengambil vitamin C.

Menurut sumber Wikipedia, Vitamin C adalah sejenis zat atau nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia. Ia bersifat anti pengoksidaan dan merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Tumbuhan merupakan sumber terbaik vitamin C contohnya seperti dari buah-buahan.

Kelebihan Vitamin C Untuk Kesihatan

Terdapat beberapa Kelebihan Vitamin C Untuk Kesihatan antaranya:

1) Membantu Melawan Jangkitan Kuman РVitamin C membantu menguatkan antibodi dan menjadi sokongan kepada sel darah putih untuk melindungi badan daripada penyakit yang disebarkan melalui pembiakan bakteria, virus dan kuman.

2) Mengurangkan Stress – Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin dalam badan yang dirembeskan ketika kita berada dalam keadaan tertekan. Ini secara tak langsung mengurangkan stress yang boleh menyebabkan penyakit bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga mental.

3) Memelihara Tahap Kesihatan Mata РPenyakit katarak dan glaukoma menjadi punca utama kerosakan mata dan penyebab buta. Pengambilan vitamin C dapat mengurangkan risiko terkena katarak mahupun glukoma.

4) Mengurangkan Risiko Serangan Jantung – Pengambilan vitamin C dapat membantu mengelak lemak dalam saluran darah berkumpul pada saluran arteri yang kebiasaannya menjadi punca utama serangan jantung.

Pastikan anda mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap yang baik.

(Visited 116 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Resepi Rendang Ayam Istimewa Hari Raya

Pasti ramai yang akan masak resepi rendang ayam istimewa hari raya nanti. Bahan-bahan nak masak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *