Home » Advertorial » Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018. Baru-baru ini bertempat di NSK Trade City Seremban, telah berlangsung Cabaran Raja Kuah Knorr 2018. Seramai 10 peserta telah layak ke peringkat akhir dan berpeluang mempamerkan bakat memasak masing-masing dalam cabaran tersebut.

Siti Nor Yuwana Zulkifli berjaya menjadi juara cabaran Raja Kuah Knorr 2018. Peserta yang baru berusia 35 tahun itu telah menyediakan 3 jenis hidangan antaranya Kari Ayam Warisan Bonda yang merupakan resepi dari arwah ibunya. Beiau yang merupakan seorang pengendali makanan di Kuala Lumpur juga telah menyediakan Masak lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya.

Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018
Siti Nor Yuwana Zulkifli (kanan) bersama pengurus pemasaran Unilever Food Solutions, Angeline Ho

Masakan yang disediakan oleh Siti Nor Yuwana itu telah berjaya memikat hati juri. Sebagai juara, beliau telah memenangi pakej Umrah untuk dua orang bernilai RM25,000, wang tunai RM15,ooo beserta hamper. Menurut Siti Nur Yuwana, beliau harus berterima kasih kepada suaminya yang telah mendaftarkan namanya untuk menyertai Cabaran Raja Kuah Knorr 2018. Beliau tidak pernah menyangka akan bergelar juara dan menunaikan umrah bersama suaminya.

Hidangan Juara Raja Kuah Knorr 2018
Hidangan kemenangan Siti (dari kanan) Kari Ayam Warisan Bonda, Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya

Cabaran Raja Kuah Knorr pertama kali diperkenalkan pada tahun 2016. Unilever Food Solutions yang menjadi penganjur pertandingan ini ingin memberi fokus kepada hidangan berkuah.

Antara barisan juri yang mengadili Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 adalah Chef Mohd Johari Idrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din dari UFS dan editor majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin. Markah diberi berdasarkan kebersihan, gaya persembahan hidangan dan tentulah rasa masakan.

Barisan Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2018
Barisan juri mencuba hidangan salah seorang peserta

Cabaran Raja Kuah Knorr terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Syarat penyertaan hanyalah menampilkan 3 jenis hidangan berbentuk kuah antaranya kari, kicap atau lemak mengunakan Stok Ayam Knorr

Senarai pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Juara: Siti Nor Yuwana Zulfikli
Naib Juara: Fazerina Ibrahim
Tempat Ketiga: Ali Zainuddin Adnan

Fazerina yang berusia 34 tahun, membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta hamper. Manakala Ali Zainuddin pula memenangi RM6,000 beserta hamper. 7 hadiah saguhati turut disediakan yang berjumlah RM 1,000 berserta hamper setiap seorang.

Tahniah kepada semua pemenang kerana telah berjaya mempersembahkan bakat memasak mereka. Tahniah kepada pihak Unilever Food Solutions yang mengambil inisiatif untuk mempopularkan hidangan berbentuk kuah yang sangat diminati oleh hampir semua rakyat Malaysia. Semoga cabaran memasak seperti ini diteruskan di masa-masa akan datang.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek.┬áDrama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *