Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah. Bakal disiarkan di Astro Oasis bermula 1 Oktober 2018. Drama Lelaki Kiriman Tuhan diadaptasi dari novel karya Umie Nadzimah.

Drama bersiri arahan Rashid Sibir ini juga dibintangi oleh Isyariana, Kartina Aziz, Uyaina Arshad, Mak Jah, Jesse Lim, PU Azman dan ramai lagi . Lelaki Kiriman Tuhan yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin jam 9:00 malam telah diterbitkan oleh Zeel production Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

 

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Drama Lelaki Kiriman Tuhan Mengisahkan tentang Naira lakonan Mira Filzah. Naira adalah seorang gadis yang garang. Wajahnya sentiasa masam mencuka. Naira tidak pernah mempercayai mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya. Padanya setiap lelaki itu tidak ikhlas berkawan dengannya dan sekadar ingin mengambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya pun akan pergi bila mendapat tahu tentang bebanan hutang yang ditanggung keluarganya.

Entah dari mana munculnya seorang lelaki bernama Iqbal Raid (Remy Ishak). Iqbal Raid ini perangainya macam hantu yang suka sangat menggangu kehidupan Naira. Macam-macam perkara yang dilakukan Raid untuk menawan hati si gadis yang berwajah masam itu.

Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah Click To Tweet

Raid sentiasa membantu bila Naira berdepan masalah. Raid tidak pernah meninggalkan Naira bila gadis itu dalam kesusahan. Walaupun perangai Raid itu macam hantu, makin lama Naira mula rindu. Tetapi Naira tidak mahu bercinta sebelum nikah. Akhirnya dia bersetuju berkahwin dengan Raid biarpun dibantah oleh Mirza, abang kandung Naira.

Sinopsis Drama Lelaki Kiriman Tuhan adaptasi novel

 

Diawal perkahwinan semuanya indah, namun selepas itu satu persatu rahsia tentang Raid mula terbongkar. Dapatkah Naira menerima Raid seadanya seperti mana Raid menerimanya dahulu? Bagaimana pengakhiran kisah rumahtangga mereka?

Artikel Popular Minggu Ini

Bagaimana pula gandingan antara Remy Ishak dan Mira Filzah untuk Drama Lelaki Kiriman Tuhan? Untuk mengetahui kesudahan kisah rumahtangga mereka, jangan lupa tonton Drama Lelaki Kiriman Tuhan di Astro Oasis 106 dan Maya HD 135  bermula 1 Oktober, setiap hari Isnin jam 9:00 malam.

(Visited 88 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *