Home » Santai Depan TV » Drama Bersiri » Drama Cinta Bukan Kristal Slot Akasia TV3

Drama Cinta Bukan Kristal Slot Akasia TV3

Drama Cinta Bukan Kristal Slot Akasia TV3. Drama berjudul Cinta Bukan Kristal lakonan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad akan disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 8 Ogos 2018. Drama ini bukan adaptasi novel. Cinta Bukan Kristal akan menggantikan Jangan Benci Cintaku yang telah berakhir semalam.

Drama bersiri 28 episod arahan Shuhaimi Zulkefli ini juga dibintangi oleh Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi  dan ramai lagi . Cinta Bukan Kristal yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7:00 malam telah diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd.

Drama Cinta Bukan Kristal Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Cinta Bukan Kristal

Cinta Bukan Kristal mengisahkan tentang Adrian dan Aryana. Adrian telah pun berumahtangga dan mempunyai dua orang anak. Dia merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang.

Pertemuan antara Adrian dan Aryana merubah semuanya. Aryana mula mengoda Adrian. Dia yang pada awalnya boleh dikategorikan sebagai suami dan bapa mithali, terus berubah hati dengan kehadiran Aryana. Adrian mula menjalinkan hubungan dengan Aryana. Perhubungan mereka berdua amat melukakan hati isteri dan keluarga Adrian.

Apa akan terjadi kepada hubungan antara Adrian dan Aryana? Dapatkah Adrian mengembalikan semula kebahagiaan rumahtangganya? Agaknya Cinta Bukan Kristal ini akan menjadi fenomena tak? Mungkin watak Aryana juga akan dibenci macam watak Husna dalam drama sebelum ini. Atau mungkin ada kejutan lain dalam drama ini?

OST Cinta Bukan Kristal

Lagu Tema Cinta Bukan Kristal yang bertajuk Di Matamu merupakan nyanyian Sufian Suhaimi. Untuk anda yang ingin mendengarkan lagu ini, saya kongsikan videoklipnya di bawah ini.

Bagi anda yang tidak dapat menonton drama ini pada waktu siarannya, boleh menonton drama ini di laman web Tonton. Bagaimana pula gandingan antara Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad untuk Cinta Bukan Kristal?

Artikel Pilihan: 5 Tanda Seseorang Meminati Anda Dalam Diam

Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta orang ketiga ini jangan lupa tonton Drama Cinta Bukan Kristal Di Slot Akasia TV3 bermula 8 Ogos 2018 jam 7:00 malam

(Visited 239 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *