Cara Yang Betul Menyimpan Makanan Mentah Dan Yang Telah Dimasak

Cara Yang Betul Menyimpan Makanan Mentah Dan Yang Telah Dimasak. Terdapat cara menyimpan makanan yang masih mentah atau yang telah masak. Ini untuk mengelakkan makanan tersebut dari cepat rosak atau mengakibatkan keracunan makanan.

Makanan mentah dan makanan yang telah dimasak tidak boleh dicampur atau disimpan dalam bekas yang sama. Begitu juga dengan makanan kering dan makanan yang basah atau masih segar. Untuk anda yang membeli stok makanan dan ingin menyimpannya dengan cara yang betul, boleh amalkan panduan di bawah ini.

Cara Yang Betul Menyimpan Makanan Mentah Dan Yang Telah Dimasak

Cara Yang Betul Menyimpan Makanan

1) Menyimpan Makanan Kering

  • Simpan dalam almari kabinet atau yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Buang tin makanan yang berkarat, kemek, melepasi tarikh luput, mengembang atau yang telah rosak.
  • Elak menyimpan makanan kering di atas lantai.

2) Menyimpan Sayur-sayuran dan Buah-buahan

  • Simpan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dalam peti sejuk.
  • Sayuran jenis ubi perlu disimpan secara berasingan di tempat yang gelap.
  • Buah dan sayur yang telah layu atau rosak hendaklah dibuang
  • Seeloknya sayuran dan buah-buahan yang segar digunakan secepat mungkin.

3) Menyimpan Makanan Dalam Peti Sejuk

  • Makanan yang segar perlu segera disimpan dalam peti sejuk
  • Setiap jenis makanan perlu disimpan dalam bekas yang berasingan.
  • Seeloknya jarakkan ruang antara makanan yang mentah dan makanan yang telah dimasak agar tidak bersentuhan.
  • Elak menyimpan makanan yang masih panas dalam peti sejuk.
  • Periksa makanan dalam peti sejuk secara berkala dan buang makanan yang telah rosak.

4) Menyimpan Makanan Sejukbeku

  • Suhu penyimpanan makanan sejuk beku perlulah pada suhu -18°C
  • Pastikan daging, ayam dan ikan disimpan dalam bekas tertutup agar darah tidak mengalir dan terkena makanan yang lain. Ini boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Bahagian sejukbeku perlu dibersihkan secara berkala.

5) Menyimpan Makanan Yang Telah Dimasak

  • Makanan yang telah disiap dimasak, perlu disimpan dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan. Elak membiarkan makanan pada suhu bilik untuk lebih dari 2 jam. Ini untuk mengelak makanan dari cepat basi dan berlaku pembaziran atau keracunan makanan.
  • Tetapi jangan simpan baki makanan dalam peti sejuk lebih dari 3 hari.
  • Makanan yang dikeluarkan dari peti sejuk, perlu dipanaskan pada suhu 75°C

Semoga artikel Cara Yang Betul Menyimpan Makanan Mentah Dan Yang Telah Dimasak boleh anda jadikan panduan yang berguna untuk mengelak pembaziran dan keracunan makanan.

(Visited 37 times, 1 visits today)
Jangan Lupa Share
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *