Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan

Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan

Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan. Sakit lutut kerap menyerang kaum wanita dan adakalanya menjejaskan rutin harian. Biarpun ia nampak seperti masalah kesihatan yang agak remeh dan berpunca akibat berdiri terlalu lama untuk menyiapkan kerja rumah namun sakit lutut juga boleh disebabkan oleh penyakit lain yang lebih serius.

Sakit lutut selain berpunca dari masalah sendi itu sendiri ia juga boleh disebabkan oleh penyakit radang sendi lutut dan pengapuran sendi lutut. Sakit lutut ini bukan sahaja boleh menyerang golongan yang berusia sebaliknya kini semakin ramai golongan muda juga mengadu sakit lutut.

Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan

Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan

1) Jika anda kerap mengalami sakit di bahagian lutut, seeloknya anda ambil masa beberapa jam untuk berehat. Jangan terus melakukan aktiviti harian terutamanya aktiviti yang melibatkan pergerakan lutut kerana ini boleh mengakibatkan kerosakkan pada dalaman sendi lutut.

2) Pemakaian kasut juga boleh memberi kesan kepada rasa sakit di bahagian lutut. Elak menggunakan kasut tumit tinggi. Lebih sesuai jika anda memakai kasut yang mempunyai lapisan span atau lapik khas di dalamnya untuk mengurangkan tekanan pada lutut.

3) Untuk anda yang mempunyai masalah sakit lutut, seeloknya anda kawal berat badan anda. Berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit lutut yang anda alami menjadi lebih teruk.

4) Anda juga boleh cuba mendapatkan rawatan urutan secara tradisional ataupun rawatan akupunktur untuk merawat masalah sakit lutut yang anda hidapi.

5) Ketika anda merasa sakit di bahagian lutut, anda boleh tuam bahagian lutut anda dengan ketulan ais untuk mengurangkan rasa sakit. Jangan lupa balut ketulan ais tersebut dalam tuala kecil sebelum anda tuam ke lutut.

Jika anda kerap diserang sakit lutut, jangan sekadar bergantung pada pil penahan sakit yang boleh menjejaskan kesihatan anda untuk jangka masa panjang. Sekiranya rasa sakit di bahagian lutut sering menjejaskan rutin harian anda, eloklah anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Jika tips yang dikongsikan dalam artikel Cara Untuk Hilangkan Sakit Lutut Dengan Berkesan ini berjaya membantu anda mengurangkan rasa sakit di bahagian lutut, jangan lupa kongsikan dengan orang lain ye. Tekan sahaja ikon share di bawah ini.

 

(Visited 4,860 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …