Home » Kesihatan » Masalah Kesihatan » Cara Turunkan Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis

Cara Turunkan Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis

Cara Turunkan Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis. Mengambil ubat sahaja tidak cukup untuk mengawal bacaan gula dalam darah. Seorang pesakit kencing manis atau Diabetes, perlu juga menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Ayah sis merupakan seorang pesakit kencing manis sejak lebih 10 tahun yang lalu. Sis yang sentiasa menemani ayah ke setiap temujanji di hospital, kerapkali meminta pendapat dan nasihat dari doktor. Penyakit Diabetes atau kencing manis ini merupakan satu penyakit keturunan. Jika ibu atau ayah menghidap kencing manis, maka risiko untuk anak mendapat penyakit ini adalah lebih tinggi berbanding orang lain.

Cara Turunkan Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis

Simptom Awal Penyakit Kencing Manis

Sebagai langkah penjagaan awal, penting untuk kita ketahui terlebih dahulu apakah gejala atau simptom awal penyakit kencing manis. Antaranya :

  • kerap berasa dahaga
  • sering berasa lapar
  • membuang air kecil secara kerap terutamanya di waktu malam
  • luka lambat sembuh
  • penglihatan agak kabur
  • penurunan berat badan secara mendadak
  • badan berasa lemah dan letih sepanjang masa

Kalau anda ada salah satu dari simptom tersebut, eloklah anda melakukan pemeriksaan awal di klinik atau hospital. Bacaan gula normal dalam darah untuk pesakit kencing manis ketika berpuasa atau tidak makan dua jam sebelum melakukan pemeriksaan adalah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L

Biarpun penyakit kencing manis ini merupakan satu penyakit keturunan atau genetik namun ia bukan alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab menjaga kesihatan diri. Jika kita rajin bersenam dan menjaga pemakanan, kita dapat mengawal bacaan gula dalam darah pada tahap normal.

Berikut adalah Cara Untuk Turunkan Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis yang perlu diamalkan bukan sahaja oleh pesakit kencing manis tetapi juga setiap individu agar tahap kesihatan terus dipelihara.

  1. Lebihkan sayuran hijau dalam diet seharian. Sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, peria dan pelbagai jenis ulam-ulaman sememangnya berkhasiat dan membantu mengawal paras bacaan gula dalam darah.
  2. Hadkan kepada hanya sesudu teh gula sehari. Kalau boleh elak mengambil gula putih pada kadar berlebihan kerana ia memudaratkan kesihatan.
  3. Jadikan senaman itu antara rutin harian. Untuk yang tak larat nak berjogging, boleh berjalan atau melakukan senaman ringan. Senaman penting untuk melancarkan aliran darah dalam badan. Dan memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik.
  4. Kurangkan pengambilan nasi putih yang tinggi kandungan karbohidrat.
  5. Amalkan makan dalam kuantiti yang lebih kecil tetapi secara kerap.
  6. Minum air suam secukupnya. Elak mengambil minuman bergas ataupun minuman yang manis. Amalan minum teh hijau juga elok untuk kesihatan. Kalau nak tahu khasiat teh hijau boleh baca artikel 10 Khasiat Teh Hijau

Kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Langkah penjagaan kesihatan perlu sentiasa dipelihara. Selain akur dengan nasihat doktor untuk mengambil ubat, kenalah rajin bersenam dan yang penting adalah menjaga pemakanan.

Sis berharap artikel Cara Turunkan Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis ini memberi anda sedikit pengetahuan untuk menurunkan bacaan gula dalam darah.

(Visited 25 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *