Home » Gaya Hidup » Kerjaya Dan Kewangan » Cara Selesaikan Hutang Dengan Cepat

Cara Selesaikan Hutang Dengan Cepat

Cara Selesaikan Hutang Dengan Cepat. Hutang membuatkan anda rasa tertekan? Bayaran balik buat anda rasa terbeban? Takkan nak tunggu sampai aset hampir disita baru nak bayar balik hutang kan.

Jangan risau, anda hanya perlu tahu beberapa langkah mudah untuk membuat bayaran balik tepat pada masanya dan memastikan hutang berjaya diselesaikan sepenuhnya.

Cara Selesaikan Hutang Dengan Cepat

 

Apakah Cara Selesaikan Hutang Dengan Cepat?

1) Nilai Jumlah Hutang

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menilai jumlah hutang yang perlu anda bayar balik. Ini termasuk segala jenis pinjaman tidak kira dari institusi kewangan atau dari orang perseorangan termasuk keluarga dan kenalan. Dari langkah pertama ini anda dapat menilai anggaran jumlah pinjaman yang perlu anda bayar balik.

 

2) Tetapkan Tempoh Membuat Bayaran Balik

Selepas dah dapatkan jumlah hutang yang perlu dibayar balik, anda perlu tetapkan satu tempoh yang sesuai untuk membuat pembayaran balik. Katakan anda mempunyai hutang yang berjumlah RM50,000 dan anda ingin bebas hutang dalam masa 10 tahun. Jadi anda mungkin perlu membayar sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan untuk tempoh 10 tahun. Namun ini hanya kiraan secara kasar, kerana anda perlu juga mengambil kira jumlah faedah yang dikenakan keatas pinjaman anda.

3) Pilih Kaedah Bayaran Balik yang Sesuai

Susah juga untuk ke bank setiap bulan untuk membuat bayaran balik. Kesibukan kerja mungkin buat anda terlupa untuk membuat bayaran. Untuk mengelakkan semua itu berlaku, anda perlulah mencari satu kaedah bayaran balik yang sesuai. Cara ini dapat membantu anda membuat bayaran balik bulanan tepat pada masalanya. Antara kaedah yang paling mudah adalah melalui skim potongan gaji. Kaedah ini sesuai untuk anda yang mendapat pendapatan tetap setiap bulan. Jadi setiap kali duit gaji masuk ke bank sahaja, jumlah bayaran bulanan untuk pinjaman anda akan di tolak dari jumlah gaji yang anda terima.

Anggaran bajet

4) Sediakan Anggaran Bajet

Untuk anda yang tidak mempunyai pendapatan tetap pula perlu menyediakan satu anggaran bajet setiap bulan. Kaedah ini boleh juga diguna pakai oleh anda yang tidak mahu menggunakan skim potongan gaji. Sediakan anggaran bajet, senaraikan segala jenis pendapatan untuk bulan tersebut, kemudian tolak jumlah bayaran pinjaman yang perlu anda jelaskan untuk bulan tersebutt, bakinya barulah anda rancang perbelanjaan anda secara bijak.

5) Jana Pendapatan Tambahan

Jika anda sentiasa tidak cukup duit untuk menjelaskan bayaran bulanan pinjaman anda, maka dah sampai masanya untuk anda jana pendapatan tambahan. Cari kerja sampingan yang boleh menyumbang kepada sumber kewangan anda. Baca Peluang Jana Pendapatan Online untuk memberikan anda sedikit gambaran dan tips untuk menjana pendapatan tambahan. Dah semakin ramai yang berjaya menjana pendapatan tambahan dan merubah kehidupan mereka menjadi lebih selesa

6) Elak Menambah Hutang

Cara selesaikan hutang dengan cepat kena elak menambah hutang. Selagi anda mempunyai hutang yang belum dijelaskan sepenuhnya, jangan membuat pinjaman lain. Sikap suka meminjam semata-mata untuk menjelaskan hutang yang sedia ada, akan membuatkan anda terikat dengan pelbagai bebanan hutang. Dan ini akan meletakkan anda dalam satu situasi yang sukar untuk menjelaskan setiap pinjaman yang telah anda buat. Jadi berhati-hati ya dalam bab penambahan hutang.

Semoga 6 Cara Selesaikan Hutang Dengan Cepat yang saya kongsikan ini akan memberikan anda sedikit panduan untuk menjelaskan kesemua baki pinjaman anda. Memang sukar untuk mengelak dari berhutang jika ingin menyambung pengajian atau memiliki aset tetapi sebagai pememinjam, kita perlulah bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik pada tempoh waktu yang ditetapkan.

(Visited 43 times, 1 visits today)
  • 1
    Share

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *