Wednesday , 13 December 2017
Home » Petua Hari Ini » Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti. Bila membeli telur, adakalanya agak sukar untuk tahu beza antara telur segar dan berkualiti dengan telur yang dah lama dan mungkin busuk atau rosak. Bukan sahaja merugikan kalau beli telur yang dah rosak tetapi tentu kita juga tidak mahu hidangkan telur yang tidak segar sebagai hidangan untuk keluarga.

Sebelum membeli, periksa bahagian kulit telur dengan lebih teliti. Elak membeli telur yang kulitnya ada kesan keretakkan atau yang terlalu kotor.

Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti

Untuk menentukan kualiti telur yang telah disimpan dalam rumah, anda boleh cuba eksperimen yang mudah ini:

Cara Pilih Telur Segar dan Berkualiti.

1) Isikan satu bekas dengan air dan rendamkan telur ke dalam bekas tersebut. Teliti kedudukan telur yang direndam itu.

2) Telur yang segar dan berkualiti dalam erti kata lain, telur yang masih baru, akan berada di dasar bekas dalam keadaan melintang.

3) Jika telur mengiring sedikit, maksudnya ia dah hampir seminggu.

4) Jika telur berada dalam keadaa menegak, bermakna telur itu telah lebih dari seminggu dan kurang segar.

5) Sebaliknya jika telur itu terapung, maka telur itu sudah tidak segar, telah lama disimpan dan mungkin busuk atau rosak

Semoga artikelĀ Cara Pilih Telur Segar Dan Berkualiti yang Notawanita kongsikan itu membantu anda untuk menyediakan makanan yang lebih sihat untuk keluarga anda.

 

(Visited 10 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …