Home » Kecantikan » Cara Panjangkan Rambut Dengan Cepat

Cara Panjangkan Rambut Dengan Cepat

Apakah Cara Panjangkan Rambut Dengan Cepat dan sihat secara semulajadi?Rambut panjang menjadi idaman kaum wanita. Ramai yang merungut bila rambut susah nak panjang. Bila simpan rambut panjang pula, hujungnya asyik bercabang. Anda mengalami masalah yang sama?

Berikut Notawanita kongsikan beberapa tips yang perlu anda ikut jika anda ingin dapatkan rambut yang cepat panjang dan nampak sihat bermaya.

Cara Panjangkan Rambut Dengan Cepat

1) Rapikan hujung rambut – Masalah rambut bercabang menjadi punca rambut susah nak panjang. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu rapikan bahagian hujung rambut dengan lebih kerap. Anda hanya perlu gunting bahagian hujung rambut dalam beberapa bulan sekali.

2) Elak Membasuh Rambut Setiap Hari – Tahukah anda bahawa mencuci rambut setiap hari dengan syampu akan menghilangkan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kepala. Ini sekaligus akan menyingkirkan nutrisi dari dalam kulit kepala. Seeloknya anda hanya perlu cuci rambut dengan syampu dalam 3 kali seminggu. Jika anda terpaksa syampu rambut setiap hari maka anda digalakkan untuk menggunakan kondisioner rambut untuk mengekalkan kelembapan rambut.

3) Elak Memakai Getah Rambut – Mengikat rambut dengan getah nampak kemas tetapi rambut yang kerap diikat dengan getah menjadi antara punca rambut gugur. Jika anda ingin ikat rambut, pilih klip rambut yang tidak terlalu mencengkap rambut anda atau pilihlah pengikat rambut jenis kain dan bukan jenis getah.

Selain tiga tips ini, ada beberapa bahan semulajadi yang boleh anda sapukan pada rambut untuk memanjangkan rambut dengan cepat.

Cara Panjangkan Rambut Dengan Cepat

1) Sapu Minyak  – Minyak membantu menguatkan akar rambut dan menyihatkan rambut. Anda boleh pilih nak guna minyak zaitun ataupun minyak kelapa dan urutkan di bahagian kulit kepala. Anda boleh juga gunakan minyak rambut yang dijual di pasaran tetapi sebelum itu anda perlu pastikan minyak rambut tersebut bersesuaian dengan jenis rambut dan masalah kulit kepala yang anda alami.

2) Putih Telur – Mungkin selama ini kita fikirkan masker putih telur sesuai untuk muka sahaja, rupanya juga boleh digunakan untuk rambut. Urutkan ke bahagian kulit kepala dan biarkan kering seketika. Selepas itu cuci rambut macam biasa menggunakan syampu. Masker putih telur ini membantu panjangkan rambut dengan cepat.

3) Lidah Buaya – Daun lidah buaya cukup terkenal kerana khasiatnya yang tersendiri. Ia boleh juga digunakan sebagai penyubur rambut. Anda hanya perlu gunakan lendir daun bunga raya dan sapukan pada kuit kepala. Biarkan kering seketika dan selepas itu barulah basuh rambut dengan air yang bersih.

4) Santan Kelapa – Penggunaan santan kelapa memang membantu menyihatkan dan menyuburkan rambut. sapukan santan pekat ke seluruh rambut dan kulit kepala. Urutkan kulit kepala seketika. Selepas itu balut seluruh bahagian rambut dengan tuala yang bersih. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci rambut seperti biasa.

(Visited 125 times, 1 visits today)

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …