Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » Cara Paling Mudah Untuk Naikkan Berat Badan

Cara Paling Mudah Untuk Naikkan Berat Badan

Cara Paling Mudah Untuk Naikkan Berat Badan. Memiliki bentuk tubuh yang terlalu kurus pasti akan membuatkan anda kelihatan kurang bermaya, tidak menarik dan seperti berpenyakit.

Dalam artikel ini NW akan kongsikan cara yang paling mudah untuk anda tambahkan atau naikkan berat badan. Bukan yang gemuk sahaja nak kurus, ramai juga yang kurus sedang berusaha untuk kelihatan sedikit berisi, betul tak?

Memiliki berat badan yang ideal, iaitu dalam lingkungan BMI normal pasti menjadi idaman. Tetapi bukan mudah untuk naikkan berat badan, malah adakalanya proses ini lebih sukar berbanding proses menurunkan berat badan. Ramai individu kurus yang berdepan masalah makan banyak mana pun, badan tetap tak naik-naik.

Cara Paling Mudah Untuk Naikkan Berat Badan

Sebenarnya tak sukar untuk menaikkan berat badan sekiranya anda mengamalkan cara pemakanan dan diet yang betul. Dan anda berdisiplin untuk mengamalkannya sehingga anda memiliki berat badan yang diingini.

Cara Paling Mudah Untuk Naikkan Berat Badan

1) Makan Mengikut Masa – Pertama sekali anda perlu berdisiplin berkaitan masa makan. Anda perlu makan mengikut masanya, terutamanya tiga waktu hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Selitkan juga waktu makan untuk menikmati snek yang berkhasiat. Tidak kira sesibuk mana pun anda, jangan terlepas tiga waktu hidangan utama.

2) Makan Dalam Kuantiti Mencukupi – Anda perlu pastikan setiap kali anda makan, anda menikmati makanan dalam kuantiti yang mencukupi. Lebihkan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan protein. Anda juga perlu tambahkan lemak dalam diet seharian untuk membantu proses menaikkan berat badan.

3) Jangan Berlapar – Pastikan anda sentiasa mempunyai makanan atau snek berkhasiat untuk mengelak rasa lapar untuk tempoh yang lama. Punca utama individu yang kurus sukar menaikkan berat badan adalah kerana kerap menahan lapar. Proses menaikkan berat badan akan menjadi lebih mudah jika perut anda kerap diisi dengan makanan atau snek yang berkhasiat.

4) Lebihkan Minum Air Suam/Air Putih – Pengambilan air suam atau air putih yang mencukupi akan membantu melancarkan sistem pencernaan. Sistem pencernaan yang berfungsi dengan baik akan membolehkan badan menyerap segala zat dan vitamin dari makanan yang diambil. Ini dapat membantu menaikkan berat badan anda secara sihat. Namun anda harus elakkan minum air sejurus sebelum makan, kerana ini akan membuatkan perut anda berasa kenyang dan menyekat jumlah makanan yang anda ambil.

Biarpun anda dalam proses menaikkan berat badan, anda perlu tetap melakukan senaman untuk memastikan badan kekal cergas dan sihat. Apa yang penting adalah keyakinan dan disiplin diri. Letakkan target berat badan ideal untuk diri anda dan berusaha untuk mencapai berat badan tersebut dalam tempoh tertentu.

Semoga selepas membaca artikel Cara Paling Mudah Untuk Naikkan Berat Badan ini anda akan terus konsisten untuk mencapai berat badan ideal anda.

Notawanita: Dalam proses menaikkan berat badan juga…kena yakin boleh.

(Visited 224 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …