Cara Paling Berkesan Untuk Hilangakan Jerawat

Cara Paling Berkesan Untuk Hilangakan Jerawat. Nak tahu satu rahsia paling murah dan berkesan untuk hilangkan jerawat? Jerawat yang tumbuh merata di muka tentu akan mencacatkan penampilan. Sampai ke tahap malu nak bertemu orang. Mesti orang ingat kita ni jenis yang tak pandai jaga kebersihan kulit.

Masalah kulit muka berminyak menjadi punca utama jerawat. Itulah yang terjadi kepada sis baru-baru ini. Tiba-tiba kulit muka jadi lebih berminyak dari biasa. Untuk mengatasi masalah tersebut, sis guna pembersih muka jenis yang kawal penghasilan minyak. Tapi beberapa jam selepas itu kulit muka akan berminyak semula. Memang rimas dibuatnya.

Cara Paling Berkesan Untuk Hilangakan Jerawat

Bila kulit muka dah start berminyak, mulalah jerawat tumbuh dengan suburnya. Kalau yang saiz kecil tak apalah juga, ni saiz sebesar alam. Memang rasa down sangat bila tengok cermin. Satu kat hidung, satu bawah dagu, satu kat atas dahi… boleh dikatakan hampir setiap penjuru muka ada jerawat.

Cara Paling Berkesan Untuk Hilangakan Jerawat

Sis cuba tukar krim muka pula, guna jenis untuk muka berjerawat. Mula- mula pakai tu nampaklah ada perubahan sikit. Jerawat agak kurang tumbuh tetapi tak lama selepas itu, jerawat saiz XXL mula tumbuh balik. Memang stress sangat.

cara hilangkan jerawat dengan murah dan berkesan

Mak pun perasan muka sis ni dah makin banyak jerawat. Mak cadangkan guna Bedak Nyonya. Mak syorkan untuk hentikan dulu penggunaan krim muka. Just cuci muka dan lepas tu terus sapu Bedak Nyonya. Mula-mula rasa was was juga… kalau tak sapu krim muka, tak kering ke kulit muka ni nanti. Tapi sebab fikirkan jerawat yang makin berleluasa, sis pun ikutlah saranan mak. Sis pun ubahlah rutin penjagaan muka.

Setiap pagi dan malam, sis akan cuci muka guna Gel Pembersih Wajah Safi Rania Gold. Pembersih wajah jenis gel memang lagi sesuai untuk masalah kulit muka berminyak. Dan selepas itu sis akan sapukan Bedak Nyonya. Caranya ambil sedikit Bedak Nyonya dan tambahkan beberapa titis air. Selepas tu sapukan ke seluruh bahagian muka. Boleh dikatakan sampai ke petang la muka sis akan nampak bersih tanpa minyak. Untuk sebelah malam pula sis akan lebihkan bedak nyonya tu, buat seperti masker dan tepekkan ke muka. Kat tempat ada jerawat tu sis tepek lebih sikit.

Esoknya bila bangun bagi, jerawat dah makin mengecut. Seronok tengok muka. Kulit muka pun nampak lagi bersih sebab dan kurang berminyak. Sekarang ni dah lebih sebulan sis amalkan penggunaan bedak nyonya ni. Jerawat pun dah makin kurang tumbuh kat muka. Kalau pun jerawat tumbuh sebulan sekali, ia akan cepat mengecut dan kering.

Petua menghilangkan jerawat ni dah berjaya juga membuat kulit muka sis ni jadi agak flawless. Untuk anda yang mengalami masalah jerawat atau kulit muka berminyak, sis syorkan anda cuba cara yang sis amalkan ni. Bedak Nyonya ni pun senang nak beli kat mana-mana. Harganya dalam dua ringgit lebih je. Inilah petua paling murah untuk rawat masalah jerawat.

Baca juga: 6 Cara Mudah Elak Muka Berjerawat

Bagi mengelakkan kulit anda menjadi kering kerana tidak memakai krim muka, sis sarankan anda minum air suam secukupnya. Dan kalau rajin, sesekali tu lumurkanlah buah tomato yang telah dihancukan ke muka anda untuk mengekalkan kelembapan kulit. Tapi kalau malas, cukup dengan minum air suam sekurang-kurangnya 2 ke 3 liter sehari.

Jika perkongsian Cara Paling Berkesan Untuk Hilangakan Jerawat ini mujarab untuk mengatasi masalah jerawat anda, kongsikanlah petua ini dengan orang lain pula ye.

(Visited 23 times, 1 visits today)