Friday , 20 October 2017
Home » Dapur » Info Makanan » Cara Nak Pilih Buah Tembikai Manis

Cara Nak Pilih Buah Tembikai Manis

Cara Nak Pilih Buah Tembikai Manis. Buah Tembikai memang sedap dibuat jus atau dijadikan hidangan pencuci mulut. Anda suka yang mana, isinya yang berwarna merah atau berwarna kuning?

Biarpun buah tembikai mudah di dapati di pasaran, masih ramai yang tidak tahu memilih buah tembikai yang manis. Tak bolehlah nak rasa dulu baru beli kan. Kadang-kadang selepas beli, bawa balik dan rasa..hurmm tak manis la pula.

Cara Nak Pilih Buah Tembikai Manis

Jadi macam mana cara nak tahu buah tembikai tu manis atau tidak? Untuk anda penggemar buah tembikai, di bawah ini ada tips memilih buah tembikai yang manis.

Cara Nak Pilih Buah Tembikai Manis

1) Teliti warna di bahagian hujung badan buah tembikai. Buah tembikai yang telah masak, kebiasaannya warna di hujung badan iaitu bahagian yang berada di atas permukaan tanah akan berwarna kuning keperang-perangan. Manakala jika buah tembikai tersebut belum masak sepenuhnya ia akan berwarna putih.

Teknik Membeli Buah Tembikai Yang Manis

2) Lihat pada permukaan kulit buah tembikai. Jika ianya mempunyai bintik-bintik berwarna perang maka buah tembikai itu pasti mempunyai rasa yang lebih manis. Bintik-bintik berwarna perang itu terhasil dari proses pendebungan oleh lebah. Semakin kerap proses pendebungaan, hasilnya semakin manis buah tembikai tersebut.

3) Buah tembikai dikatakan mempunyai jantina yang berbeza, iaitu jantan dan betina. Buah tembikai ‘jantan’ bersaiz lebih besar dan berbentuk lebih panjang. Tembikai jenis ini mempunyai jus yang lebih banyak. Berbeza dengan buah tembikai ‘betina’. Bentuknya bulat dan rasanya juga lebih manis. Tembikai ini sesuai dibuat pencuci mulut.

4) Jika anda ingin membeli buah tembikai, seeloknya pilihlah buah yang bersaiz sederhana. Jangan pilih yang bersaiz terlalu besar ataupun yang bersaiz terlalu kecil.

5) Sebelum membeli buah tembikai, anda juga boleh meneliti tangkainya. Pilih buah tembikai yang mempunyai tangkai yang kering. Itu petanda buah tembikai itu telah masak ranum atau cukup masak. Jangan beli buah tembikai yang tangkainya masih hijau kerana itu bermakna ia telah dipetik terlalu awal dan belum masak sepenuhnya.

Semoga artikel Cara Nak Pilih Buah Tembikai Manis yang berkongsi lima teknik ini membantu anda untuk memilih dan membeli Buah Tembikai yang manis dan sesuai untuk hidangan anda nanti.

(Visited 569 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *