Home » Parenting » Bayi » Cara Mudah Membersihkan Botol Susu Bayi

Cara Mudah Membersihkan Botol Susu Bayi

Cara Mudah Membersihkan Botol Susu Bayi. Botol susu bayi perlu dibersihkan dengan teliti. Anda perlu pastikan tiada lagi sisa-sisa susu yang tertinggal setiap kali anda membersihkan botol susu tersebut. Botol susu yang tidak dibersihkan dengan betul boleh mengakibatkan kemungkinan bayi anda terkena keracunan akibat sisa susu yang membusuk dan memyebabkan kuman membiak di dalamnya.

Cara Mudah Membersihkan Botol Susu Bayi

Cara Mudah Membersihkan Botol Susu Bayi

1) Mula-mula tanggalkan semua bahagian botol susu tersebut. Tuangkan sedikit cecair pembersih khas ke dalam botol dan ke atas bahagian-bahagian lain.

2) Dengan menggunakan berus mencuci botol, bersihkan bahagian dasar atau bawah botol. Guna berus berkualiti yang mempunyai bulu lembut dan tidak mudah tercabut. Dengan gerakan memutar, bersihkan seluruh dasar botol. Letak sedikit air untuk memudahkan proses membersih.

3) Selepas itu bersihkan pula bahagian tepi botol. Gerakkan berus dengan arah naik dan turun. Bersihkan keseluruhan dinding dalam botol susu tersebut.

4) Dengan menggunakan berus yang bersaiz lebih kecil, bersihkan bahagian bibir botol. Pastikan setiap celahan botol susu itu bersih dari sisa-sisa susu yang telah kering.

5) Bersihkan juga puting botol susu. Dengan menggunakan berus yang kecil juga, pastikan keseluruhan puting botol susu bersih tanpa sisa-sisa susu.

6) Dengan menggunakan span pula, bersihkan penutup botol susu.

7) Selepas itu, bilas kesemua bahagian botol susu dengan air yang bersih. Pastikan anda bilas dibawah air yang mengalir dan bukannnya secara merendam kerana ini akan membuatkan sisa-sisa susu melekat semula pada botol susu.

8) Selesai membilas, biarkan botol susu itu kering sepenuhnya kemudian barulah anda memasangnya semula.

Selepas 8 proses ini barulah botol susu bayi anda bersih dan selamat untuk digunakan semula. Kesihatan anak anda pasti menjadi keutamaan kan. Jadi pastikan anda membersihkan botol susu setiap kali selepas bayi atau anak anda menggunakannya.

(Visited 1,706 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *