Home » Tips Blog » Cara Menulis Artikel Pertama Di Blog Baru

Cara Menulis Artikel Pertama Di Blog Baru

Cara Menulis Artikel Pertama Di Blog Baru. Anda sedang menulis artikel pertama di blog yang baru dibina. Rasa teruja untuk berkongsi pelbagai idea dengan pembaca. Tetapi pada masa yang sama anda was-was dengan apa yang bakal anda kongsikan untuk artikel yang pertama ini. Jangan pening-pening, teruskan sahaja menaip apa yang ingin anda sampaikan.

Penulisan blog boleh dijadikan salah satu cara untuk menjana pendapatan tambahan. Malah sudah semakin ramai yang menjadikan blog sebagai punca pendapatan utama. Mulakan dengan menulis artikel yang berkualiti dan berinformasi untuk menarik minat pembaca ke blog anda.

Cara Menulis Artikel Pertama Di Blog Baru

Apakah Cara Menulis Artikel Pertama Di Blog Baru

Nak kata saya ni seorang blogger yang sangat berpengalaman, tak juga. Tapi dengan sedikit ilmu yang terkumpul selama ini, rasa seronok pula nak berkongsi tips dengan anda yang berminat menceburi dunia penulisan blog.

1) Kenalkan Blog Baru Anda

Perkenalkan blog anda dalam artikel yang pertama. Tak perlu memperkenalkan diri anda terlebih dahulu. Bab itu nanti anda boleh buat dalam page ‘Tentang Saya’. Dalam artikel pertama, terangkan kepada pembaca niat anda memulakan blog tersebut. Ceritakan secara ringkas apa yang bakal anda kongsikan dalam artikel-artikel yang akan datang.

Contohnya niat asal saya memulakan blog Nota Wanita ini adalah untuk berkongsi tips kesihatan dan kecantikan. Saya juga suka berkongsi resepi yang menarik dengan pembaca. Selain itu sebagai pengikut drama tempatan, saya juga ada berkongsi sinopsis drama dan telefilem yang menarik minat saya.

2) Memilih Niche Atau Tema Blog

Terangkan kepada pembaca niche atau tema untuk blog anda. Adakah blog anda itu tentang tips kecantikan, teknologi, haiwan peliharaan dan sebagainya? Sekiranya anda tidak mempunyai tema atau niche tertentu, anda hanya perlu terangkan secara ringkas topik utama yang akan dikongsikan di blog anda.

Untuk blog ini, saya lebih memberi fokus kepada topik-topik yang berkaitan dengan wanita. Sesuai dengan nama blog Nota Wanita. Biarpun selepas beberapa tahun menulis saya rasa seperti blog ini agak tersasar sedikit dari topik asal, namun saya dah mulakan perancangan untuk kembali memberi fokus kepada informasi yang lebih bermafaat untuk kaum wanita.

Cara Menulis Artikel Blog Yang Lengkap

3) Gambar Dan Video

Bukan sahaja untuk artikel yang pertama, tetapi anda wajib selitkan gambar atau video untuk setiap artikel blog yang anda hasilkan. Gambar atau video dikategorikan sebagai media. Tujuannya supaya pembaca tidak bosan membaca artikel anda dan akan lebih memahami apa yang cuba anda kongsikan. Kandungan media yang berkualiti juga membantu mengurangkan ‘bounce rate’. Bounce rate yang rendah adalah petanda yang blog anda berkongsi informasi yang bermanfaat dan digemari pembaca. Pastikan gambar dan video yang anda selitkan itu berhubung kait dengan artikel anda.

4) Artikel Yang Berinformasi

Setiap artikel blog yang anda hasilkan perlu berinformasi dan bukan sekadar sembang kosong yang langsung tidak memberi manfaat kepada pembaca. Bermula dari artikel yang pertama, anda perlu memberi gambaran pada pembaca bahawa artikel-artikel yang akan anda kongsikan kelak bukan sekadar berinformasi tetapi juga bermanfaat dan tidak rugi untuk dibaca.

5) Menarik Minat Pembaca

Hasilkan artikel yang boleh menarik minat pembaca untuk membaca sehingga noktah yang terakhir. Sebagai penulis blog, misi anda bukan sekadar menulis artikel tetapi untuk menarik minat pembaca untuk sentiasa membaca artikel-artikel yang anda kongsikan. Cuba cari gaya penulisan yang tersendiri dan elak dari meniru gaya penulisan orang lain.

6) Semak Sebelum Tekan Publish

Ramai yang rasa teruja untuk tekan publish setiap kali selepas selesai menaip sebuah artikel. Saya pun selalunya macam tu juga. Biasalah bila dah kesuntukkan masa kan. Tetapi sebolehnya baca dulu draft artikel anda sekali dua untuk memperbaiki kesalahan ejaan atau penggunaan ayat sebelum anda tekan publish.

Untuk anda yang baru pertama kali ingin menulis artikel di WordPress, saya syorkan anda tonton video di bawah ini. Dalam tutorial ini ditunjukkan langkah demi langkah Cara Menulis Artikel Pertama Di Blog Baru. Untuk yang dah lama menulis blog pun boleh tonton, manalah tahu selama ini ada langkah yang anda terlepas pandag kan. Boleh tambah info baru dan perbaiki penulisan anda

Saya harap Cara Menulis Artikel Pertama Di Blog Baru ini memberi anda sedikit gambaran atau idea untuk memulakan langkah pertama dalam dunia blog. Semoga anda berjaya menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti dan berinformasi untuk tatapan pembaca blog anda.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *