Thursday , 23 November 2017
Home » Kecantikan » Bentuk Badan » Cara Mengecilkan Punggung Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Mengecilkan Punggung Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Mengecilkan Punggung Dengan Cepat Dan Berkesan. Ramai wanita di luar sana berasa tak selesa akibat mempunyai saiz atau bentuk punggung yang agak besar. Adakah anda juga mempunyai masalah yang sama?

Hampir setiap wanita mengimpikan untuk memiliki bentuk badan yang langsing dengan berat badan yang ideal. Ukuran badan yang berlebihan di bahagian-bahagian tertentu antaranya punggung, membuatkan seseorang wanita berasa tidak selesa dan adakalanya wujud rasa rendah diri bila punggung dijadikan topik cacian orang sekeliling. Tidak kurang juga ada wanita yang berasa malu bila punggungnya yang bersaiz besar sering menjadi perhatian kaum lelaki.

Cara Mengecilkan Punggung Dengan Cepat Dan Berkesan

Kerana kecewa dengan bentuk badan yang dimiliki, ada segelitir wanita yang hilang rasa keyakinan diri. Jika anda salah seorang darinya, jangan risau, kami di Nota Wanita syorkan agar anda cuba tips mengecilkan punggung yang kami kongsikan di bawah ini. Amalkan secara konsisten untuk hasil yang memuaskan.

Cara Mengecilkan Punggung Dengan Cepat Dan Berkesan

1. Amalkan Senaman Kardio

Cara yang paling berkesan untuk mengecilkan punggung dengan cepat dalah melalui senaman. Biarpun anda berdiet dan mengelak makanan tinggi lemak dan karbohidrat ianya tidak akan berjaya mengecilkan saiz punggung anda sekiranya anda tidak bersenam secara konsisten. Senaman kardio akan memastikan bentuk badan anda tidak menggelebeh.

Anda tidak perlu ke gym, cukuplah dengan hanya melakukan senaman di keselesaan rumah anda. Bersenam ikut kemampuan, jangan terlalu memaksa diri sehingga mendatangkan kecederaan yang tidak diingini.

Anda hanya perlu melakukan senaman ringan atau anda boleh ikut cara senaman kardio yang kami syorkan ini. Anda boleh lakukan senaman ini di atas tilam ataupun di atas sofa yang selesa.

  • Pastikan anda berada pada posisi terlentang. Letakkan tangan anda di sebelah badan anda. Pastikan anda berada dalam keadaan selesa.
  • Angkat kaki kanan dan kiri silih berganti dengan cara menggerakkan kaki ke atas dan ke bawah. Ulangi gerakan ini sebanyak 15 kali.
  • Selepas itu, buat gerakan seperti bentuk kayuhan secara perlahan untuk 15 kali, macam tengah mengayuh basikal.

Amalkan kedua-dua senaman Kardio ini dua kali sehari. Iaitu selepas anda bangun pagi dan juga sebelum anda tidur setiap malam. Jika anda sudah rasa selesa dengan bilangan 15 kali itu, lebihkan bilangannya. Anda boleh lakukan 20 kali atau 25 kali atau mungkin lebih dari itu. Ikut pada keselesaan dan kemampuan anda.

2. Berjalan Kaki, Joging Atau Lompat Tali

Anda juga boleh melakukan senaman-senaman lain, tapi pastikan senaman yang anda lakukan itu lebih fokus pada bahagian punggung. Contohnya seperti berjalan kaki, berjoging ataupun lompat tali. Apabila ingin melakukan gerakan senaman lainnya, lebih baik pilih senaman yang memang  untuk paha dan punggung seperti berjalan kaki atau lompat tali.

Jika anda amalkan berjalan kaki sebanyak sepuluh ribu langkah setiap hari secara konsisten, anda akan memiliki paha dan punggung yang menarik dalam masa yang singkat.

3. Jaga Pemakanan

Amalkan diet pemakanan yang seimbang. Seeloknya makan secara kerap dalam kuantiti yang sedikit. Apa yang penting adalah makan secara teratur agar badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan.

Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan kurangkan pengambilan gula, garam dan makanan yang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat.

Pastikan anda minum air putih secukupnya. Pengambilan air suam membantu untuk menyingkirkan lemak dan kolestrol jahat agar kadar metabolisma dapat berfungsi dengan baik.

Apa yang dikongsikan di atas ini adalah cara yang terbaik untuk mengecilkan saiz punggung tanpa menjalani sebarang pembedahan ataupun pengambilan ubatan yang belum tentu bebas dari kesan sampingan. Namun untuk hasil yang optimum, anda perlu konsisten mengikut langkah-langkah di atas supaya hasilnya nanti membuat anda tampil lebih berkeyakinan.

(Visited 9,564 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *