Friday , 20 April 2018
Home » Kecantikan » Cara Mengatasi Masalah Rambut Kering

Cara Mengatasi Masalah Rambut Kering

Cara Mengatasi Masalah Rambut Kering. Antara tanda-tanda rambut kering adalah rambut berubah ke warna agak keperangan, hujung rambut bercabang dan mudah putus bila disikat. Adakah rambut anda mengalami masalah yang sama?

Setiap wanita pasti mengimpikan memiliki rambut yang sihat dan bermaya. Rambut kering memang agak sukar untuk diurus. Ada beberapa petua menggunakan bahan semulajadi yang boleh anda amalkan untuk merawat masalah rambut kering.

Cara Mengatasi Masalah Rambut Kering

Cara Mengatasi Masalah Rambut Kering

1) Kuning Telur – Tambahkan satu sudu air dengan sebiji kuning telur. Kacaukan sehingga sebati. Basahkan rambut dan sapukan campuran kuning telur ke seluruh bahagian rambut. Urut dengan lembut. Selepas itu cuci rambut dengan air yang bersih.

2) Minyak Kelapa – Minyak kelapa antara bahan yang kerap digunakan dalam perawatan rambut. Ambil satu sudu makan minyak kelapa. Sapukan ke seluruh bahagian kulit kepala dan urut lembut. Biarkan selama setengah jam. Selepas itu cuci dengan air bersih.

3) Minyak Zaitun – Untuk anda yang tidak menggemari bau minyak kelapa, boleh gantikan dengan minyak zaitun yang tidak kurang khasiatnya. Mengandungi antioksidan dan vitamin E, minyak Zaitun dapat membantu melembabkan rambut dan merawat rambut yang rosak. Caranya sama seperti menggunakan minyak kelapa. Anda anda perlu urutkan minyak zaitun keseluruh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan cuci dengan air bersih. Boleh diamalkan setiap hari

4) Buah Avokado – Ambil buah avokadi dan haluskan isinya. Sapu ke seluruh bahagian rambut. Bermula dari kulit sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama setengah jam setelah itu barulah dicuci dengan air yang bersih.

5) Buah Lemon – Lemon bukan sahaja dapat merawat masalah rambut kering tetapi ia juga akan membuatkan rambut berbau segar dan bersinar. Ambil sebiji lemon dan perah jusnya. Kemudian campurkan dua sudu teh jus lemon dan tambakan dengan satu sudu teh minyak almond. Kacau sebati. Sapukan ke seluruh bahagian rambut dari akar ke hujung. Bungkus seluruh bahagian rambut dengan tuala panas dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu cuci rambut dengan air yang bersih. Seeloknya diamalkan dua kali seminggu.

Semoga Cara Mengatasi Masalah Rambut Kering ini membantu anda mendapatkan rambut yang lebih sihat, bersinar dan bermaya.

(Visited 55 times, 3 visits today)

Check Also

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah

Petua Merawat Sakit Disengat Tebuan Atau Lebah. Memang sakit bila disengat tebuan atau lebah. Rasa …