Thursday , 21 September 2017
Home » Kesihatan » Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

Apakah Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita? Ramai wanita yang keliru tentang masalah keputihan. Normal atau tidak normal jika keluarnya cecair putih melekit yang adakalanya berbau.

Keputihan adalah cara semula jadi badan untuk membersihkan alat sulit dari bakteria. Normal bagi wanita yang telah akil baligh atau telah haid untuk mengalami keputihan. Ia berupa cairan yang tidak berbau yang sering dialami sebelum haid, ketika sedang hamil atau ketika terlalu tertekan atau stress. Namun keputihan yang berbau, melekit dan menyebabkan kegatalan pada alat sulit adalah tidak normal dan mungkin memerlukan rawatan lanjut.

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita

CARA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN YANG DIALAMI WANITA

1. Minum 8 gelas air putih – Pastikan anda minum air putih yang mencukupi. Air yang diminum akan menyebabkan kekerapan anda membuang air kecil dan cara ini membantu membersihkan bakteria secara semulajadi selain menyingkirkan gula yang berlebihan dari dalam badan. Selalunya gula ini yang menjadi  punca pembiakan bakteria penyebab bau di kawasan intim.

2. Mengutamkan kebersihan diri – Setiap kali selepas ke tandas, pastikan anda guna air yang bersih untuk mencuci kawasan intim. Anda boleh mencuci alat sulit anda 4-5 kali sehari menggunakan pencuci keintiman wanita yang sesuai dan setelah itu lap kering. Bulu kemaluan juga perlu dipotong pendek supaya ia tidak menjadi tempat pembiakan kuman penyebab bau dan kegatalan.

3. Memakai pakaian dalam dari jenis kapas – Pakaian dalam yang ketat dari dari jenis fabrik yang tidak menyerap peluh akan meningkatkan lagi risiko masalah keputihan. Fabrik yang tidak memerap peluh akan menyebabkan kuman membiak, lebih-lebih lagi jika anda jenis yang aktif dan kerap berpeluh. Jika anda mengalami masalah keputihan yang membuatkan anda rasa melekit dan tidak selesa, seeloknya anda memakai pantyliner yang boleh ditukar secara kerap.

4. Tukar pad dengan kerap ketika haid – Bukan sahaja pantyliner yang perlu kerap ditukar tetapi pad atau tuala wanita juga perlu diganti secara kerap. Ini untuk mengelak dari berlakunya pembiakan kuman di kawasan intim.

5. Jaga Pemakanan – Amalan pemakanan juga memainkan peranan dalam masalah keputihan yang berbau. Makanan yang mempunyai aroma kuat seperti rempah ratus boleh merubah bau pada alat sulit. Ambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C untuk menghalang pertumbuhan bakteria penyebab bau di kawasan intim.

Semoga artikel Cara Mengatasi Masalah Keputihan Yang Dialami Wanita yang Notawanita kongsikan ini, memberikan anda sedikit pengetahuan asas tentang cara untuk merawat masalah keputihan anda.

(Visited 56 times, 5 visits today)

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

Masak lemak cili api memang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan. Resepi Masak Lemak Cili Api …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *