Wednesday , 20 June 2018
Home » Parenting » Mendidik Anak » Cara Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata

Cara Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata

Cara Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata. Setiap ibu bapa pasti inginkan anak kecil yang sentiasa mendengar kata. Bukan mudah untuk membentuk tingkah laku seorang anak. Selalunya memang susah nak membuat anak kecil mengikut arahan yang diberi.  Namun jika betul caranya kita mendidik, anak yang sukar mendengar kata pun boleh mengikut arahan.

Sebagai ibu bapa, anda tentu berasa tertekan bila anak kecil tidak mahu mengikut arahan yang diberi. Lebih-lebih lagi bila berada dikhayalak ramai. Takkan nak menjerit atau memukul si anak kecil itu kan. Tapi kalau tak ditegur, dikatakan tak pandai mendidik pula. Jadi apakah Cara Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata

1) Komunikasi – Cara berkomunikasi dengan anak memainkan peranan yang sangat penting. Bila ingin memberi arahan atau berbual, anda perlu buat anak anda rasa selesa. Eye to eye contact sangat penting ketika memberi arahan pada si anak kecil. Jika anak sedang berdiri, anda perlu turun ke paras ketinggian anak. Ini akan membuatkan si anak memberi fokus kepada perkara yang anda sampaikan. Atau ajaknya duduk bersama, pegang tangannya dan bercakap dengan nada yang rendah dan bukan menjerit padanya.

Cara Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata

2) Memberi Arahan Yang Jelas – Arahan yang diberi pada anak kecil perlulah jelas dan mudah difahami. Arahan perlulah tegas tetapi jangan mengugut atau menakutkannya. Elak mengulangi arahan yang sama berkali kali kerana ia akan membuatkan anak anda berfikir bahawa anda sekadar membebel dan tidak akan mengambil tindakan.

3) Memberi Pujian – Jika arahan yang anda beri dipatuhi, anda haruslah memuji anak anda. Pujian akan membuatkan si anak mengerti bahawa dia perlu mengikut arahan anda. Pujian boleh diberi dalam bentuk kata-kata atau hadiah. Anda perlu jelaskan kenapa pujian itu diberi agar si anak lebih memahami.

cara berkomunikasi dengan anak kecil

4) Mendengar Luahan Anak – Sebagai ibu bapa, anda perlu juga memberi peluang kepada anak untuk meluahkan apa yang ada dalam fikirannya. Jika dia melawan atau tidak mahu mengikut arahan anda, cari sebabnya. Kemudian barulah jelaskan kenapa anda memberinya arahan sedemikian dan apa akan terjadi jika dia tidak mengikut arahan tersebut.

Kesimpulan Cara Mendidik Anak Supaya Mendengar Kata adalah anda perlu memberi arahan yang jelas dan mudah difahami oleh si anak. Pastikan anak anda tahu apa kesannya jika dia tidak mematuhi arahan tersebut. Elak memukul dan mengugut ketika mendidik anak yang kecil.  Biarpun arahan anda bernada tegas tetapi sampaikan padanya dengan menunjukan kasih sayang.

(Visited 20 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3

Sinopsis Andainya Takdir 2 Di TV3. Drama Andainya Takdir 2 lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar akan disiarkan …