Home » Parenting » Mendidik Anak » Cara Mendidik Anak Agar Pandai Membaca

Cara Mendidik Anak Agar Pandai Membaca

Cara Mendidik Anak Agar Pandai Membaca. Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak mereka pandai membaca sebelum masuk tadika. Mereka sanggup berbelanja membeli pelbagai jenis buku cerita. Tetapi berapa ramai yang luangkan masa membaca bersama anak-anak?

Jika anda mempunyai anak kecil dan mahukan anak anda pandai membaca sebelum melangkah ke sekolah tadika, anda boleh cuba tips mendidik anak pintar yang sis kongsikan ini.

Cara Mendidik Anak Agar Pandai Membaca

Cara Mendidik Anak Agar Pandai Membaca

1) Pilih buku yang sesuai – Sebelum anda membeli buku bacaan untuk anak anda, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira terlebih dahulu. Pastikan buku yang dibeli bersesuaian dengan umur anak anda. Contohnya anak yang belum kenal huruf lagi, bolehlah anda beli buku ABC yang ada gambar warna warni. Anda juga boleh membeli buku yang bersesuaian dengan minat anak. Katakan anak anda suka mewarna, belilah buku cerita yang gambarnya boleh diwarnakan.

2) Luangkan masa membaca bersama – Cipta masa terluang untuk membaca bersama anak anda. Jadikan sesi pembacaan itu menarik dan tidak membosankan. Anda boleh buat intonasi suara berbeza sewaktu bercerita untuk menarik minat anak mendengar cerita tersebut. Atau anda boleh mengajak anak anda untuk sama-sama melakonkan watak dalam cerita tersebut.

3) Jaga pemakanan anak – Anda tentu tertanya-tanya apa kaitan pemakanan dengan topik membaca kan. Sebenarnya amalan pemakanan yang sihat penting untuk memastikan minda dan kesihatan anak anda terpelihara. Kalau anda idamkan anak yang pintar atau pandai membaca, kenalah bekalkan makanan yang sihat dan kaya dengan vitamin untuk anak anda. Bila anak anda sihat, mindanya pun akan cerdas.

4) Aktiviti yang menyeronokkan – Untuk mendidik anak agar pandai membaca, tidak sekadar dari buku sahaja sebaliknya anda boleh jadikan amalan membaca ini satu aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya bermain permainan Sahibba atau Scrabble dapat mendorong anak untuk belajar mengeja ataupun menyanyi lagu nursery rhyme atau lagu kegemaran anak-anak. Nyanyian akan merangsang minda anak untuk lebih mudah menghafal.

Menurut kajian, untuk mendidik anak pandai membaca perlu dimulakan sewaktu ibu-ibu masih dalam tempoh kehamilan lagi. Tetapi tidak kira berapa usia si kecil anda itu, masih belum terlambat untuk mengajarnya membaca. Untuk banyak lagi tips atau Cara Mendidik Anak Agar Pandai Membaca boleh anda dapatkan dari ebook Anak Pintar Cerdas. Untuk mendapatkan ebook tersebut, klik sahaja banner budak comel di atas perenggan ini.

(Visited 68 times, 1 visits today)

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …