Tuesday , 12 December 2017
Home » Kecantikan » Cara Memiliki Bibir Yang Sihat Dan Tidak Kering

Cara Memiliki Bibir Yang Sihat Dan Tidak Kering

Cara Memiliki Bibir Yang Sihat Dan Tidak Kering. Cara merawat bibir agar tidak kering dan mengelupas sebenarnya bukan sekadar dari luaran sahaja. Ramai yang beranggapan, memakai pelembab bibir sudah cukup untuk mendapatkan bibir sihat.

Namun, jika anda salah memilih jenis pelembab bibir terutamanya yang tidak sesuai untuk bibir anda, ia juga boleh menjadi penyebab bibir menjadi gatal-gatal, mengelupas dan berwarna agak kehitaman.

Cara Memiliki Bibir Yang Sihat Dan Tidak Kering

Jadi untuk membantu anda mengatasi masalah bibir kering, di bawah ini kami kongsikan beberapa tips penjagaan bibir.

Cara Memiliki Bibir Yang Sihat Dan Tidak Kering

1)SCRUB BIBIR – Langkah pertama sekali untuk memastikan bibir sentiasa sihat dan tidak kering adalah dengan menanggalkan sel-sel kulit mati di bahagian bibir. Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil sedikit gula dan tambahkan bebera titis minyak zaitun. Sapu ke bahagian bibir anda, dan gosok secara perlahan. Ulangi setiap dua minggu sekali. Jika anda amalkan secara konsisten, bibir anda akan nampak lebih cerah dan lembut. Anda juga boleh mengambil sehelai tuala kecil, basahkan dan gosok bibir anda dengan lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Pastikan anda gosok bibir dengan lembut agar tidak mencederakan permukaan bibir anda.

2)LIP BALM РPenggunaan lip balm secara rutin harian penting untuk memastikan bibir anda sentiasa lembab. Amalkan penggunaan lip balm sebelum anda memakai gincu, untuk memastikan kelembapan bibir sentiasa terpelihara. Pilih lipbalm yang sesuai, iaitu yang mengandungi SPF 30 untuk melindungi bibir anda dari sinaran matahari yang boleh merosakkan bibir. Anda juga digalakkan untuk memilih lip balm yang berwarna untuk membuatkan bibir anda nampak lebih sihat. Lip balm yang mengandungi minyak Jojoba atau Shea Butter juga sesuai untuk meningkatkan kelembapan bibir anda.

3)PEMAKANAN – Selain itu kurangkan pengambilan makanan bergaram kerana ini antara penyebab bibir anda cepat kering. Minuman berkafein juga perlu dikurangkan pengambilannya kerana ia akan membuatkan warna bibir anda menjadi lebih gelap dan tidak menarik. Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan bibir.

Semoga perkongsian ringkas ini tentang Cara Memiliki Bibir Yang Sihat Dan Tidak Kering dapat membantu anda untuk mengatasi masalah bibir yang kering dan mengelupas.

(Visited 2,531 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …