Sunday , 28 May 2017
Home » Kecantikan » Cara Memilih Bedak Asas Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

Cara Memilih Bedak Asas Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

Cara Memilih Bedak Asas Yang Sesuai Dengan Kulit Muka. Kali ini Notawanita nak kongsikan sedikit tips untuk memilih bedak asas yang sesuai. Secara lazimnya bedak asas dapat menutupi cela pada kulit muka.

Pemilihan bedak asas yang sesuai penting agar solekan pada wajah nampak sempurna. Warna bedak asas perlu serasi dengan kulit muka agar kesan solekan akan kelihatan sekata. Tak adalah muka jadi macam tepung gomak pula.

Cara Memilih Bedak Asas Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

1) Bila anda ingin memilih warna bedak asas untuk muka, pastikan anda calitkan bedak muka di rahang anda dan bukan di bahagian tangan. Ini kerana warna kulit di bahagian tangan kebiasaannya tidak sama dengan tona kulit muka.

2) Kedua anda perlu kenalpasti jenis kulit muka anda sama ada berminyak atau jenis kering. Sekiranya kulit muka anda jenis berminyak, anda perlu pilih bedak asas yang bebas minyak. Sebaliknya jika anda mempunyai kulit muka yang kering, bedak asas jenis krim atau yang lembab adalah yang paling sesuai untuk kulit muka anda.

Cara Memilih Bedak Asas Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

3) Untuk kesan penutupan cela di muka yang paling berkesan pastikan muka anda bersih dan sapukan dengan pelembab sebelum menyapu bedak asas. Muka yang telah disapu dengan pelembab akan kelihatan lebih berseri dan segar selepas disapu bedak asas.

4) Akhir sekali anda perlu pelajari teknik menyapu bedak asas untuk hasil solekan yang lebih sempurna. Jangan sapu bedak asas terlalu tebal kerana tona kulit anda akan kelihatan tidak sekata dengan bahagian rahang dan leher anda.

Jika anda dapati tiada satu bedak asas yang tonanya sama dengan kulit, anda boleh gabungkan dua atau lebih tona bedak asas yang berbeza untuk mendapatkan tona kulit wajah yang sekata.

Layari tutorial-tutorial solekan di youtube untuk belajar teknik-teknik penyapuan bedak asas di muka, agar anda juga dapat tampil cantik bak selebriti.

Semoga artikelĀ Cara Memilih Bedak Asas Yang Sesuai Dengan Kulit Muka dapat membantu anda untuk membeli bedak asas yang dapat menyerlahkan lagi kecantikan anda.

 

(Visited 444 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Resepi Biskut Beras Coklat Raya

Untuk anda yang mencari koleksi resepi biskut raya 2017 yang sedap, apa kata anda cuba …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *