Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

Telinga bukan sahaja berperanan sebagai pancaindera pendengaran tetapi ia juga membantu keseimbangan badan. Telinga mudah kotor jadi kita perlulah rajin membersihkannya. Biarpun membersih telinga tidaklah sukar namun kaedah dan peralatan yang betul perlu digunakan agar kita tidak mencederakan bahagian dalam telinga.

Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

Cara Membersihkan Telinga Dengan Betul

1) AirMembersihkan telinga dengan menggunakan air dapat membantu menyingkirkan kotoran yang terdapat dalam telinga. Ambil sedikit air dan basahkan tuala atau sapu tangan yang bersih kemudian gosokkan secara perlahan ke seluruh bahagian telinga untuk menanggalkan semua kekotoran yang melekat pada telinga. Anda boleh amalkan cara membersihkan telinga menggunakan air setiap kali sebelum mandi. Elak mengguna tisu kerana cebisan tisu yang basah mungkin akan memasuki ke dalam lubang telinga. Anda juga kena pastikan air tidak masuk ke dalam telinga secara berlebihan.

2) Baby Oil – Selain menggunakan air, anda juga boleh menggunakan ‘baby oil’. Penggunaan ‘baby oil’ dapat membersihkan telinga secara keseluruhan dari dalam. Apa yang perlu anda lakukan adalah titiskan beberapa titis baby oil ke dalam telinga sebelum anda tidur. Jangan terlalu banyak, cukuplah antara dua atau tiga titis sahaja. Selepas anda bangun dari tidur, ambil sehelai tuala atau sapu tangan dan bersihkan telinga anda.

Selain dua cara yang dikongsikan ini, mungkin kita sudah terbiasa membersihkan telinga dengan cara mengorek telinga menggunakan putik kapas atau ‘cotton bud’. Cara ini tak salah, cuma kita perlu lebih berhati-hati bila menggunkan putik kapas untuk mengorek telinga. Elak memasukkan putik kapas terlalu dalam kerana secara tak sengaja kita mungkin akan mencederakan gegendang telinga.

(Visited 3,881 times, 2 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …