Home » Jom Masuk Dapur » Resepi » Cara Masak Sambal Tumis Yang Sangat Sedap

Cara Masak Sambal Tumis Yang Sangat Sedap

Cara Masak Sambal Tumis Yang Sangat Sedap. Nak masak Sambal Tumis yang sedap sebenarnya ada rahsianya. Dari pemilihan bahan-bahan untuk masak sambal tumis sehinggalah ke kaedah memasak perlukan penelitian.

Resepi sambal tumis kalau dimasak dengan cara yang betul, bukan sahaja rasanya sedap tetapi dapat juga disimpan  untuk tempoh yang lebih lama. Jom kita lihat senarai bahan utama yang diperlukan untuk memasak sambal tumis yang sangat sedap.

Cara Masak Sambal Tumis Yang Sangat Sedap

Cara Masak Sambal Tumis

Bahan-bahan

Cili kering – Kalau nak buat sambal tumis haruslah kena ada cili kering kan. Boleh guna cili boh tapi rasa sambal tumis tu nanti tak sesedap seperti guna cili kering yang dikisar sendiri. Memilih cili kering pun memainkan peranan dalam mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis. Kalau anda inginkan sambal tumis yang lebih pedas, pilihlah cili kering yang licin dan berkilat. Manakala kalau nak sambal tumis yang kurang pedas dan sesuai dimakan oleh anak-anak kecil pilihlah cili kering yang berkedut dan kerinting.

Bawang – Guna campuran bawang besar dan bawang kecil untuk sambal tumis. Bawang kecil perlulah dikisar bersama bawang putih dan cili kering. Manakala bawang besar pula perlu dihiris dan digoreng hingga layu sebelum dimasukkan bahan yang telah dikisar. Hasilnya sambal tumis anda akan lebih sedap dan manis rasanya.

Belacan – Kalau anda nak buat sambal tumis untuk nasi lemak, memang lebih sedap rasa sambal tumis itu kalau diletakkan belacan. Belacan ini boleh dianggap sebagai penyedap tambahan terutamanya untuk sambal tumis ikan bilis. Kalau nak masak sambal tumis ayam atau daging memang tak berapa sesuai letak belacan.

Air asam jawa – Untuk melengkapkan rasa sambal tumis, perlulah ada elemen masam-masam sikit. Jadi untuk memasak sambal tumis yang lengkap rasanya, kena letak air asam jawa. Kalau tak ada air asam jawa, bolehlah digantikan dengan asam keping.

Cara Masak Sambal Tumis Yang Sedap

1) Penyedian Cili Kering – Mula-mula anda kena buang biji cili kering. Caranya hanya perlu gunting cili kering untuk memudahkan proses buang bijinya. Selepas itu didihkan air dan tuang ke atas cili kering. Rendamkan cili kering dalam air panas tersebut untuk seketika. Seterusnya tapiskan air. Cara ini dapat mengurangkan rasa kepedasan cili dan sambal tumis boleh cepat masak. Sambal juga dapat tahan lebih lama.

2) Minyak Untuk Menumis. Bahan-bahan perlu ditumis dalam minyak yang cukup supaya cili masak sepenuhnya. Anggaran minyak yang perlu digunakan sehingga tenggelam bahan tumis. Setelah sambal masak nanti barulah boleh dibuang minyak dari dalam sambal.

Resepi Sambal Udang Dengan Petai

3) Tumis sehingga pecah minyak – Langkah yang paling penting agar sambal tumis sedap dan tahan lama adalah masak sehingga pecah minyak. Maksudnya sambal dan minyak sudah terapung dan terpisah di bahagian tepi kuali. Warna sambal juga telah menjadi sedikit gelap.

Sambal tumis telah dimasak dengan sempurna. Selamat menjamu selera dengan Sambal Tumis Yang Sangat Sedap.

sumber: iresepi

(Visited 102 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *