Thursday , 21 September 2017
Home » Kesihatan » Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

Ingin tahu Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan. Tahukah anda bahawa jenis makanan yang anda ambil menjadi faktor utama penyebab masalah kesihatan. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan dalam masa yang sama jika anda kurang bersenam, ia menjadi punca kolestrol jahat berkumpul dan mengganggu pengaliran darah dalam badan.

Anda pasti sudah sedia maklum bahawa kadar kolestrol yang tinggi menjadi penyebab masalah kesihatan seperti hipertensi, strok (angin ahmar) dan serangan jantung. Memang bahaya kan jika kadar kolestrol tidak dikawal jadi sebelum terlambat eloklah kita ketahui cara untuk mengurangkang atau menurunkan kadar kolestrol.

Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

CARA KURANGKAN KADAR KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

  1. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda. Selain kaya dengan nutrisi yang penting, sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan serat yang membantu menyerap kolestrol jahat.
  2. Amalkan makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3  seperti salmon, sardin, makerel dan tuna yang dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah.
  3. Elak makan makanan yang berlemak dan berminyak dalam kuantiti yang banyak terutamanya yang mengandungi kandungan lemak yang tidak sihat seperti lemak tepu, lemak trans dan sebagainya.
  4. Gunakan minyak yang lebih sihat untuk memasak seperti minyak zaitun ataupun susu yang rendah lemak. Minyak zaitun juga membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah selain kaya dengan khasiat yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.
  5. Anda juga perlu elak makan makanan segera secara kerap kerana ia bukan sahaja kurang bernutrisi tetapi tinggi kandungan minyak dan garam.
  6. Lebihkan bawang putih dalam diet pemakanan anda. Bawang putih dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat selain itu ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  7. Makanan seperti oat yang kaya dengan serat juga dapat membantu menurunkan kadar kolestrol dan melindungi jantung anda.
  8. Selain itu pelbagai jenis kekacang yang rendah lemak seperti kacang hazel, badam, walnut dan sebagainya dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol jahat.
  9. Minuman seperti teh hijau atau teh hitam juga baik diamalkan secara kerap. Teh kaya dengan polinefol yang merupakan sejenis antioksidan yang dapat meningkatkan kadar kolestrol baik yang diperlukan badan selain mengurangkan risiko kanser.
  10. Bagi anda yang merokok juga, disyorkan untuk berhenti merokok kerana rokok menurunkan kadar kolestrol baik yang diperlukan badan selain meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Semoga 10 Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan yang kami kongsikan ini membantu anda mendapat sedikit pengetahuan asas untuk menurunkan kadar kolestrol anda.

(Visited 103 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan

Masak lemak cili api memang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan. Resepi Masak Lemak Cili Api …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *