Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » Cara Kekal Sihat Dan Bertenaga Di Bulan Puasa

Cara Kekal Sihat Dan Bertenaga Di Bulan Puasa

Cara Kekal Sihat Dan Bertenaga Di Bulan Puasa. Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga untuk mengelak dari melakukan apa sahaja yang boleh membatalkan puasa.

Ketika kita berpuasa, kesegaran tubuh badan akan berkurangan. Kita akan mudah terasa letih dan mengantuk. Selain itu bibir akan mula mengelupas dan kulit juga akan menjadi kering. Ini berpunca akibat dehidrasi dan kekurangan nutrien dalam badan kita.

Cara Kekal Sihat Dan Bertenaga Di Bulan Puasa

Kenapa Kita Mudah Merasa Mengantuk Ketika Berpuasa?

Selain waktu tidur yang berubah, kekurangan glukosa dalam darah menjadi punca kita cepat berasa mengantuk dan sukar memberi tumpuan ketika berpuasa.

Jadi memang penting untuk kita memastikan kesihatan berada pada tahap yang baik ketika bulan Ramadhan agar kita dapat melaksanakan amal ibadah dengan sempurna. Jika kita jatuh sakit, pasti sedikit sebanyak akan terjejas juga amal ibadah.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda, Cara Kekal Sihat Dan Bertenaga Ketika Bulan Puasa. Tips yang saya kongsikan di bawah ini sesuai untuk mereka yang ingin berdiet atau menguruskan badan di bulan Ramadhan.

Cara Kekal Sihat Dan Bertenaga Di Bulan Puasa

Ketika Sahur

  • Elak mengambil makanan yang manis dalam kuantiti yang berlebihan. Makanan yang bergula akan membuatkan anda cepat terasa lapar.
  • Elak tidur semula selepas bersahur kerana amalan ini akan membuatkan badan anda berasa lemah.
  • Lebihkan makanan berserat tinggi kerana ia memerlukan masa penghadaman yang lebih lama. Makanan jenis ini akan membantu mengeluarkan insulin secara berperingkat dan membekalkan sumber tenaga secara perlahan.
  • Elak minum minuman berkafein kerana minuman seperti kopi akan membuatkan anda berasa dahaga dengan lebih cepat.
  • Lakukan sedikit senaman ringan untuk memastikan badan kekal cergas sepanjang hari.

Ketika Berbuka

  • Elak makan dalam kuantiti yang banyak. Lebih sesuai jika anda makan sedikit-sedikit tetapi secara kerap.
  • Elak minum minuman bergas kerana ia akan membuatkan perut anda berasa kembung.
  • Amalkan berbuka dengan kurma dan air. Kemudian barulah makan makanan yang lain. Seeloknya makanan yang mudah dihadam.
  • Pastikan anda lebihkan minum air suam untuk membekalkan keperluan air dalam badan agar tidak mengalami dehidrasi.
  • Lebihkan makanan berkarbohidrat untuk membekalkan tenaga yang telah berkurangan setelah seharian berpuasa.

Amalkan pemakanan yang sihat ketika sedang berpuasa. Minum air secukupnya dan lakukan senaman ringan lebih-lebih lagi ketika hampir ke waktu berbuka.

(Visited 1,098 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …