Thursday , 23 November 2017
Home » Kesihatan » Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi

CARA KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI SECARA SEMULAJADI. Anda pesakit darah tinggi? Mencari cara untuk kawal tekanan darah tinggi secara semulajadi tanpa menggunakan ubat?

Tekanan Darah Tinggi yang juga dikenali sebagai Hypertension adalah sejenis penyakit yang mampu membunuh secara senyap. Betulkah penyakit ini berbahaya? Ya! Tekanan darah tinggi sangat berbahaya jika tidak dikawal dari peringkat awal. Pemeriksaan secara berkala perlu dijalankan untuk menentukan tahap bacaan tekanan darah berada di paras yang terkawal.

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi

Apakah Faktor Penyebab Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah kebiasaannya berbeza bagi setiap individu. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi dari kadar sepatutnya antaranya seperti gaya hidup yang kurang aktif, mengambil makanan yang tinggi kandungan garam, merokok, mempunyai paras kolestrol yang tinggi dan sebagainya. Selain itu individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti) dan faktor umur yang semakin meningkat juga meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.

Tanda-Tanda Awal Penyakit Darah Tinggi

Antara tanda-tanda awal yang menunjukkan kemungkinan tekanan darah anda lebih tinggi dari sepatutnya adalah sakit kepala, pening, loya dan muntah, penglihatan menjadi kabur dan mudah semput atau sakit dada.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan, eloklah anda membuat pemeriksaan awal untuk mengelak sebarang kemungkinan. Namun apa yang penting adalah langkah penjagaan awal untuk mencegah atau mengawal paras tekanan darah.

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi

Selain bergantung pada ubatan moden, terdapat juga beberapa cara untuk mengawal tekanan darah secara semulajadi. Antaranya:

1) Menurunkan Berat Badan – Berat badan yang berlebihan dari paras normal antara punca utama seseorang individu berdepan dengan masalah tekanan darah tinggi. Sekiranya berat badan anda berlebihan dan anda adalah seorang pesakit darah tinggi, wajib untuk anda kurangkan berat badan anda sebagai langkah permulaan. Kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Berdiet secara sihat pasti dapat membantu anda menurunkan berat badan pada paras BMI yang normal.

2) Senaman – Bersenam sangat membantu untuk memastikan badan anda kekal cergas dan bertenaga. Sebolehnya lakukan senaman ringan setiap hari diikuti dengan berjoging atau berbasikal. Sekadar berjalan kaki dalam kawasan perumahan juga sudah memadai jika dilakukan secara konsisten.

3) Pemakanan Yang Sihat – Pengambilan makanan secara seimbang sangat penting untuk memastikan tahap kesihatan terpelihara. Makan makanan yang sihat dalam kuantiti yang betul. Untuk anda yang mempunyai tekanan darah yang tinggi seeloknya kurangkan pengambilan garam dan makanan yang terlalu masin seperti telur masin, ikan masin, kicap masin dan sebagainya. Minuman yang berkafein juga perlu dikurangkan. Lebihkan makanan yang tinggi kandungan serat seperti buah-buahan dan sayuran hijau.

4) Kawal Paras Kolestrol – Paras kolestrol yang tinggi menjadi punca kepada masalah tekanan darah tinggi. Elak mengambil makanan yang tinggi kandungan minyak dan lemak. Makanan laut seperti udang, ketam dan sebagainya juga perlu dikurangkan. Untuk cara lebih terperinci kawal paras kolestrol baca artikel Cara Kurangkan Kadar Kolestrol Dengan Cepat Dan Berkesan

5) Berhenti merokok: Jika anda seorang perokok, lekaslah berhenti merokok. Ini kerana kadar nikotin yang terdapat dalam rokok turut menjadi penyebab tekanan darah meningkat setiap kali anda merokok.

6) Elak Stress – Tekanan atau stress yang disebabkan oleh pelbagai masalah juga menjadi antara faktor utama tekanan darah tinggi meningkat. Jika anda selalu berada dalam situasi yang tertekan atau stress, ia boleh memudaratkan tahap kesihatan anda. Cuba kawal tekanan atau stress yang anda hadapi dengan mencari jalan penyelesaian kepada masalah anda. Minta nasihat pakar untuk menangani stress anda. Fokus kepada perkara yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang.

Gaya hidup yang sihat dan ceria pasti dapat membantu anda untuk kawal masalah tekanan darah tinggi. Amalkan Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Secara Semulajadi ini secara konsisten dan

(Visited 24 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita

Sinopsis Drama Dekatkan Jarak Kita mengisahkan tentang Allysa lakonan Ayda Jebat telah mula disiarkan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *