Tuesday , 12 December 2017
Home » Petua Hari Ini » Cara Hilangkan Pijar Tangan Akibat Terkena Cili

Cara Hilangkan Pijar Tangan Akibat Terkena Cili

Apakah Cara Hilangkan Pijar Tangan Akibat Terkena Cili? Pijar ialah rasa panas, pedih, gatal atau pedas pada jari selepas memotong cili dengan kuantiti yang banyak. Walaupun setelah dicuci dengan air, rasa pijar tu tetap ada, malah semakin lama rasa pijar itu semakin terasa.

Ada beberapa petua mudah yang boleh hilangkan pijar tangan dengan cepat dan mudah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang mudah dijumpai di dapur anda.

CARA HILANGKAN PIJAR TANGAN AKIBAT TERKENA CILI

1. Lumurkan Jari Dengan Gula Atau Garam – Cara yang paling mudah untuk hilangkan pijar tangan adalah dengan melumurkan jari jemari dan tangan anda dengan gula atau garam. Biarkan seketika kemudian barulah bilas dengan air. Atau anda boleh ambil sebekas air dan letakkan sedikit garam atau gula. Rendamkan tangan anda ke dalam bekas itu sambil menggosok kedua-dua belah tangan untuk beberapa minit sehingga hilang rasa pijar.

2. Masukkan Tangan Ke Dalam Tong Beras – Nak hilangkan rasa pijar tangan dengan cepat, masukkan tangan anda kedalam bekas berisi besar. Tetapi pastikan tangan anda bersih dan kering. Jangan masukkan tangan yang masih basah, nanti rosak pula beras dalam tong tersebut. Satu cara lain adalah dengan menggenggam sedikit beras dan gosokkan ke seluruh bahagian tangan yang rasa pijar, selepas tu bilas tangan macam biasa.

Cara Hilangkan Pijar Tangan Akibat Terkena Cili

3. Sapu Jari Atau Tangan Dengan Susu – Kalau anda suka simpan susu pekat atau susu cair dalam peti sejuk, ia boleh juga dijadikan penawar pijar tangan. Hanya ambil sedikit susu dan gosokkan pada bahagian jari yang pijar. Sedikit demi sedikit, rasa pijar itu akan hilang.

Selain tiga petua hilangkan pijar tangan ini, ada beberapa cara lain yang boleh anda cuba, antaranya dengan menyapu minyak masak pada bahagian tangan yang rasa pedih. Selepas itu lap dengan tisu atau cuci dengan air bersih. Kalau ada hampas kelapa, anda boleh ramaskan pada seluruh jari dan tangan yang rasa pedih dan cuci bersih selepas itu.

Dua lagi tips hilangkan pijar tangan yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini adalah dengan menggosok tangan pada keluli seperti pada sinki atau gosok dengan sudu. Menggosok tangan pada keluli juga dapat menghilangkan bau masakkan yang terletak pada tangan. Ataupun anda boleh ambil sedikit asam jawa dan campurkan dengan air. Kemudian rendamkan tangan anda dalam air asam jawa itu untuk menyejukkan rasa pedih pada tangan anda.

Mudah-mudahan petua-petua yang Notawanita kongsikan ini dapat anda jadikan panduan untuk hilangkan rasa pedih pada tangan selepas memotong cili. Jika anda ada Cara Hilangkan Pijar Tangan Akibat Terkena Cili dengan cepat dan mudah, jangan lupa kongsikan dengan kami di Notawanita ye.

(Visited 238 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …