Home » Petua Hari Ini » Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah

Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah

Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah. Memiliki rumah yang bersih dan berbau wangi pasti menjadi idaman setiap orang. Bau harum yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi seperti buah atau bunga akan membuatkan ahli keluarga atau tetamu berasa selesa bila bersantai dalam rumah.

Ada pelbagai jenis pewangi yang dijual di pasaran yang boleh disembur atau diletakkan diruang atau bilik di kediaman anda. Tetapi ada juga pewangi tiruan itu yang baunya agak tajam dan menyengat yang boleh membuatkan kita berasa kurang selesa jika disembur secara berlebihan.

Untuk anda yang mengemari haruman yang natural, apa kata anda cuba membuat sendiri ‘pewangi semulajadi’ ini. Di bawah ini kami kongsikan 3 cara mudah yang boleh anda cuba.

Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah

Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah

1) Sitrus Dan Garam Laut

Untuk anda yang menggemari bauan dari sumber sitrus, anda boleh pilih untuk menggunakan lemon, limau nipis atau limau mandarin. Nak gunakan limau purut pun boleh. Kemudian belah buah sitrus kepada dua bahagian dan taburkan garam laut, bunga cengkih ataupun daun basil di atasnya. Letakkan potongan buah sitrus di atas meja, kabinet ataupun di atas lantai penjuru bilik. Bau yang terhasil dari potongan buah sitrus ini akan menghilangkan bau kepam atau bau lembap di sekitar ruang kediaman.

pewangi diy untuk kesegaran rumah

2) Epal, Kulit Kayu Manis Dan Sitrus

Bagi yang menggemari bauan yang agak unik, apa kata anda cuba tiga bahan yang ini pula. Gabungan epal, kulit kayu manis dan sitrus akan menghasilkan aroma ala-ala musim luruh. Apa yang diperlukan adalah 2 biji epal, kulit limau mandarin atau oren sunkist, 5 atau 6 batang kulit kayu manis dan air. Anda hanya perlu satukan kesemua bahan-bahan ini di dalam periuk dan panaskan. Kalau anda inginkan aroma yang lebih kuat, anda bolehlah tambahkan dengan sedikit bunga cengkih dan gantikan kulit oren dengan hirisan buah oren pula. Selepas siap dipanaskan, anda hanya perlu tuang ke dalam mangkuk atau cawan dan letakkan di atas meja untuk mewangikan ruang tersebut.

cara hasilkan aroma vanilla dan kopi

3) Vanilla Kopi

Untuk si penggemar kopi pula pasti akan menyukai aroma ini. Bau kopi pasti akan menyegarkan ruang kediaman anda dan membangkitkan rasa kecergasan. Caranya anda hanya perlu masukkan biji kopi ke dalam mangkuk kecil dan letakkan lilin yang mempunyai aroma vanila ditengahnya. Nyalakan lilin vanila tersebut. Gabungan aroma kopi dan vanilla pasti akan membuatkan anda rasa segar.

Semoga artikel Cara Hasilkan Haruman Natural Untuk Mewangikan Rumah ini membantu anda berasa lebih segar dan tenang bila berada di rumah.

Selamat Mencuba.

(Visited 4,198 times, 1 visits today)
  • 26
    Shares

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *