Friday , 20 October 2017
Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » Cara Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Cara Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Jika anda menghidapi masalah gastrik, berpuasa mungkin satu cabaran buat anda. Tetapi dalam artikel ini notawanita akan berkongsi Cara Elak Gastrik ketika berpuasa. Mudah-mudahan langkah-langkah ini sedikit sebanyak membantu anda untuk menjalani ibadah berpuasa tanpa serangan gastrik.

Cara Elak Gastrik Ketika Berpuasa

1) Elak Makanan Pedas – Elak berbuka puasa dengan makanan yang pedas, berminyak, masam dan berlemak. Seeloknya mulakan dengan makanan yang manis seperti kurma dan minum air kosong. Jika anda mengambil makanan yang pedas, masam, berminyak atau berlemak, masalah gastrik anda mungkin akan menjadi lebih teruk selepas seharian berpuasa. Ketika menjamah makanan, pastikan anda mengunyah makanan dengan perlahan, ini untuk mengelakkan rasa kekejangan di perut setelah seharian kosong.

Cara Elak Gastrik Ketika Berpuasa

2) Barsahur Dengan Menu Yang Sesuai – Pilih makanan yang tinggi serat sewaktu bersahur contohnya seperti oat. Makanan yang tinggi kandungan serat akan membantu anda merasa kenyang untuk tempoh lebih lama. Anda boleh amalkan bersahur dengan semangkuk oat dan divariasikan dengan buah kurma, pisang atau beri.

3) Elakkan Minuman Berkafein – Bagi penggemar kopi, ini mungkin langkah yang sukar untuk diamalkan. Tetapi percayalah, ia antara langkah terbaik untuk mengelak serangan gastrik. Badan anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk membiasakan tanpa makanan dan minuman di waktu siang. Perut anda mungkin akan meragam pada awalnya namun setelah itu ia akan kembali normal. Jadi selalunya serangan gastrik akan berlaku pada tiga hari pertama puasa. Pengambilan minuman berkafein ketika itu akan membuatkan sakit gastrik bertambah teruk.

4) Teh Halia РAngin dalam perut menjadi antara salah satu punca masalah gastrik. Jadi untuk mengelak terlalu banyak angin dalam perut sehingga menyebabkan sakit, anda boleh minum air rebusan halia selepas berbuka dengan makanan yang berat.  Seeloknya minum sebelum anda tidur. Kalau tak suka air rebusan halia, boleh juga kunyah halia segar.

Selain 4 tips di atas ini, anda juga perlu elak mengambil terlalu banyak makanan produk tenusu seperti susu penuh krim dan keju  ketika bersahur dan berbuka puasa. Dan satu lagi, bila nak minum jangan gua straw atau penyedut minuman kerana ia akan menyebabkan lebih banyak udara memasuki perut.

Semoga artikel Cara Elak Gastrik Ketika Berpuasa ini bermanfaat untuk anda. Selamat berpuasa.

(Visited 46 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *