Tuesday , 12 December 2017
Home » Petua Hari Ini » Cara Bersihkan Barang Kemas Agar Kembali Berkilat

Cara Bersihkan Barang Kemas Agar Kembali Berkilat

Cara Bersihkan Barang Kemas Agar Kembali Berkilat. Barang kemas kalau dipakai selalu pasti akan kelihatan pudar dan kurang berkilat. Kata orang macam dah hilang serinya. Tapi kalau anda bersihkan dengan cara yang betul, ia akan kelihatan seperti baru dibeli.

Jika barang kemas anda dah tak berkilat, apa kata anda cuba salah satu petua atau tips yang Notawanita kongsikan di bawah ini. Selepas dibersihkan, tentu barang kemas anda akan kembali berseri-seri bila di pakai.

Cara Bersihkan Barang Kemas Agar Kembali Berkilat

Cara Bersihkan Barang Kemas Agar Kembali Berkilat

1) Air Asam Jawa – Cara yang pertama anda hanya perlu campurkan sedikit jus limau ke dalam air asam jawa. Kemudian rendamkan semalaman barang-barang kemas anda ke dalam campuran air asam jawa dan jus limau tersebut. Keesokkan hari anda cuma perlu bilas dan lap barang kemas dengan kain yang bersih.

2) Ubat Gigi – Kalau anda nak pakai barang kemas tu dengan cepat, mungkin nak ke majlis kahwin ke..dah tak sempat nak rendam semalaman kan. Anda boleh cuba tips yang kedua ni pula. Caranya anda perlu rendam barang kemas anda ke dalam air suam selama sejam. Selepas itu ambil berus gigi yang lama dan letakkan ubat gigi. Gosok permukaan barangan kemas anda untuk menanggalkan kotoran. Bilas dan lap dengan kain.

3) Teh Cina – Petua ketiga ini pun, memerlukan anda untuk merendam barang kemas untuk semalaman. Apa yang anda perlu lakukan cuma perlu rendam barang kemas dalam air teh cina untuk semalaman. Esoknya bilas dan lap dengan kain.

4) Asam Keping – Petua yang keempat pula adalah menggunakan asam keping atau asam gelugor. Ambil bekas yang berisi air suam dan tambahkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian rendamkan barang-barang kemas anda. Tak perlu rendam semalaman, cukuplah 5 ke 6 jam. Lepas itu seperti biasa, bilas dan lap.

Itulah dia 4 petua atau tips yang mudah Cara Bersihkan Barang Kemas Agar Kembali Berkilat. Jadi selepas ini dah tak perlu risau kalau barang kemas dah kelihatan kurang berkilat. Cuba sahaja salah satu tips yang kami kongsikan ini.

 

(Visited 3,351 times, 3 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …