Wednesday , 26 April 2017
Home » Dekorasi » Cara Berkesan Untuk Menghalau Lipas Di Rumah

Cara Berkesan Untuk Menghalau Lipas Di Rumah

Cara Berkesan Untuk Menghalau Lipas Di Rumah. Ramai juga yang mencari petua untuk atasi masalah lipas dalam rumah. Memang geli kan bila tengok lipas berkeliaran dalam rumah, lagi-lagi kalau di bahagian dapur. Selalunya lipas suka menyorok di tempat gelap, macam dalam kabinet dapur.

Kebiasaannya bila tengok lipas berlari atau berterbangan dalam rumah, kita akan ambil penyapu atau suratkhabar untuk pukul dan bunuh lipas itu. Tak pun guna selipar je untuk pijak. Betul tak? Cara ini memang mudah untuk singkirkan atau hapuskan lipas tu, tetapi anda tahu tak bahawa cara membunuh lipas sebegitu ada keburukannya yang tersendiri.

Cara Berkesan Untuk Menghalau Lipas Di Rumah

Kajian menunjukkan bahawa dalam perut lipas ada cacing yang halus dan lembut. Cacing ini boleh hidup di luar perut lipas. Jadi kalau anda pukul lipas itu, kemungkinan yang tinggi cacing dalam perut lipas itu akan terkeluar dan merayap mencari tempat yang baru. Cacing halus ini sukar dilihat dengan mata kasar kerana saiznya yang kecil tetapi ia boleh memasuki tubuh kita melalui pori-pori kaki ataupun jika kaki kita luka. Hah bahaya kan.

Anda mesti tertanya-tanya, kalau tak boleh pukul lipas tu macam mana nak singkirkannya atau nak hapuskannya? Dalam artikel ini kami kongsikan cara mudah untuk halau lipas.

Cara Berkesan Untuk Menghalau Lipas Di Rumah

  1. Ambil sebiji lemon dan hiris nipis-nipis. Letakkan di tempat yang kerap dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ruang dalam kabinet anda juga akan berbau segar.
  2. Setiap kali anda potong timun, jangan buang pangkal dan hujung timun tersebut. Letakkan di tempat yang banyak lipas. Memang cara ini berkesan untuk menghalau lipas.
  3. Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.
  4. Selain hirisan daun pandan, anda boleh juga gunakan biji buah pelaga atau kulit kayu manis. Memang lipas jenis yang tidak suka pada bauan sebegitu dan ia tidak akan membiak di situ.
  5. Kalau lipas suka membiak dalam almari pakaian anda pula, anda boleh gunakan sabun untuk menghalau lipas. Caranya ambil sebuku sabun, kalau boleh gunakan sabun yang kuat baunya. Potong kepada saiz yang agak kecil dan taburkan di dalam almari anda terutamanya dalam laci.

Semoga Cara Berkesan Untuk Menghalau Lipas Di Rumah ini membantu anda untuk menyingkirkan kehadiran lipas di rumah anda. Selamat mencuba.

 

(Visited 20,670 times, 8 visits today)

Check Also

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

Apakah 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan? Rutin seharian kita yang senantiasa mengejar masa …

One comment

  1. terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *