Tuesday , 12 December 2017
Home » Kesihatan » Cara Berkesan Mengatasi Masalah Keputihan

Cara Berkesan Mengatasi Masalah Keputihan

Cara Berkesan Mengatasi Masalah Keputihan. Masalah keputihan seringkali membuatkan wanita berasa tidak selesa dan kurang keyakinan. Manakala untuk golongan wanita yang telah berumahtangga, pastinya ia akan menjadi punca terjejasnya hubungan intim dengan suami.

Keputihan adalah cecair atau lendir yang mengalir keluar dari liang faraj sama seperti haid. Namun jika cecair itu berbau dan menyebabkan rasa gatal di bahagian intim, maka rawatan lanjut diperlukan.

Cara Berkesan Mengatasi Masalah Keputihan

Antara faktor yang menyebabkan masalah keputihan adalah kurang mengambil berat soal kebersihan di bahagian intim terutamanya ketika haid dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Untuk anda yang runsing memikirkan tentang masalah keputihan yang dihadapi, di bawah ini Notawanita kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah keputihan yang berbau dan menyebabkan rasa gatal.

Cara Berkesan Mengatasi Masalah Keputihan

1) Minum Air Putih Secukupnya –  Anda perlu amalkan minum air putih atau suam secukupnya setiap hari bukan sahaja untuk mengelak berlakunya dehidrasi tetapi juga untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Pengambilan air yang cukup akan membuatkan anda lebih kerap membuang air dan ia membantu membersihkan bakteria secara semulajadi. Bakteria menjadi penyebab bau yang kurang menyenangkan.

2) Kebersihan Diri – Sebagai wanita, tidak kira sesibuk mana anda sekalipun, penting untuk menjaga kebersihan diri. Setiap kali selepas menggunakan tandas, pastikan anda menggunakan air yang bersih untuk mencuci bahagian intim anda. Kemudian ambil sehelai tisu yang bersih dan lap. Pastikan bahagian intim sentiasa bersih dan kering. Ini untuk mengelakkan pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kegatalan.

3) Pilih Pakaian Dalam Yang Sesuai – Sewaku memilih pakaian dalam, pastikan ianya sesuai untuk anda. Jangan gunakan pakaian dalam yang terlalu ketat. Pilih dari fabrik kapas dan anda perlu tukar pakaian dalam setiap hari. Jika anda mengalami masalah keputihan, pastikan anda memakai pantyliner untuk memastikan anda rasa selesa sepanjang hari. Seperti juga pad yang dipakai ketika haid, pantyliner juga perlu kerap diganti.

4) Pemakanan Yang Sihat – Elak makan makanan yang tidak berkhasiat kerana ia juga boleh menjadi penyebab kepada masalah keputihan. Jika anda mengalami masalah keputihan yang berbau, kami nasihatkan anda lebihkan pengambilan bawang putih yang bertindak sebagai anti bakteria. Malah buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C juga membantu mengurangkan masalah pertumbuhan bakteria. Anda juga boleh amalkan memakan atau minum yogurt atau minuman yang kaya dengan kultur hidup untuk menyeimbangkan pH bahagian intim anda.

Semoga artikel Cara Berkesan Mengatasi Masalah Keputihan ini membantu anda untuk mengatasi masalah keputihan yang anda alami. Namun jika masalah keputihan anda berlarutan, kami nasihatkan agar anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

(Visited 1,399 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua mengisahkan tentang konflik keluarga lakonan Fasha Sandha, Zarul Husin dan …