Home » Kecantikan » Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

Masalah Rambut Berminyak menjadi punca utama kegatalan dan kelemumur pada kulit kepala. Lebihan minyak yang terhasil pada kulit kepala, membuatkan rambut berbau masam atau tengik. Bersyampu dengan kerap pun adakalanya tidak membantu. Lebih memburukkan keadaan kulit kepala sekiranya syampu yang digunakan itu tidak bersesuai.

Minyak yang terhasil pada kulit kepala adalah untuk memastikan kulit kepala tidak kering dan membantu menyuburkan rambut. Namun pengeluargan minyak yang berlebihan dari sebum menjadi faktor utama kepada masalah rambut berminyak, kelemumur dan kegatalan.

Masalah Rambut Berminyak

Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak

1) Jaga Pemakanan  – Amalan pemakanan yang sihat bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terpelihara tetapi juga mengawal kadar pengeluaran sebum. Jika anda mempunyai masalah kulit atau rambut berminyak, kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng. Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam  diet harian anda.

2) Kerap Bersyampu – Jadikan mencuci rambut sebagai rutin harian anda. Tetapi pastikan anda tidak menggosok kulit kepala dengan terlalu kuat dan elak menggunakan syampu atau produk penjagaan rambut secara berlebihan.

3) Pilih Produk Penjagaan Rambut – Pastikan anda menggunakan produk penjagaan dan produk pengayaan rambut yang sesuai. Jika anda mempunyai masalah rambut berminyak, kurangkan pemakaian gel atau produk pengayaan rambut kerana ia boleh menyumbatkan liang pori dan meningkatkan lagi penghasilan sebum atau minyak.

4) Guna Bedak Bayi – Rambut yang terlalu berminyak pasti sukar untuk digayakan. Anda boleh menggunakan sedikit bedak bayi dan sapukan pada akar rambut untuk membantu memerangkap minyak. Jangan sapu terlalu banyak, nanti akan kelihatan seperti rambut beruban pula.

5) Semburan Cuka Epal – Kulit kepala akan mudah dijangkiti kulat sekiranya masalah rambut berminyak tidak dapat ditangani. Semburan cuka epal dapat membantu untuk mencegah jangitan kulat pada kulit kepala. Anda hanya perlu campurkan dua sudu cuku epal dengan secawan air. Kacau sebati dan tuangkan dalam botol semburan. Selepas itu semburkan pada akar rambut dan kulit kepala sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Akhir sekali cuci rambut dengan air yang bersih selepas anda semburkan dengan cuka epal.

Semoga perkongsian tips Cara Atasi Masalah Rambut Berminyak ini membantu anda untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat dan bersih.

(Visited 53 times, 1 visits today)

Check Also

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban

7 Jenis Makanan Yang Membantu Mencegah Uban. Anda ada masalah rambut beruban biarpun umur masih …