Home » Kecantikan » Apakah Maksud Disebalik Jerawat Tumbuh Di Muka

Apakah Maksud Disebalik Jerawat Tumbuh Di Muka

Apakah Maksud Disebalik Jerawat Tumbuh Di Muka. Jerawat biasannya akan naik di bahagian tertentu muka. Contohnya jika jerawat tumbuh dengan banyak di bahagian dahi, bermakna individu tersebut kemungkinan tengah stress. Bagaimana pula jika jerawat tumbuh di bahagian hidung atau pipi?

Setiap individu pasti pernah berdepan dengan masalah jerawat. Jerawat dikatakan berpunca dari sel kulit mati atau minyak yang berjaya menyumbatkan liang kulit. Selalunya individu yang mempunyai kulit muka bermasalah berisiko tinggi untuk mendapat jerawat. Malah penjagaan kulit wajah juga tidak boleh dipandang remeh. Penggunaan produk penjagaan wajah yang betul, boleh membantu membuatkan kulit muka anda bebas jerawat.

Apakah Maksud Disebalik Jerawat Tumbuh Di Muka

Namun tahukah anda, jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu muka secara banyak dan kerap sebenarnya dapat memberikan sedikit gambaran tentang tahap kesihatan anda. Di bawah ini NW kongsikan secara ringkas tentang rahsia di sebalik tumbuh jerawat di muka.

Apakah Maksud Disebalik Jerawat Tumbuh Di Muka

Jerawat Di Dahi – Jerawat yang kerap tumbuh di dahi menunjukkan bahawa anda mungkin berada dalam keadaan tertekan. Maka anda perlulah menukar rutin harian anda dengan mengurangkan stress. Cuba tidur lebih awal dari biasa dan lebihkan pengambilan air suam. Anda juga boleh lebihkan masa untuk bersenam dan beriadah untuk mengawal emosi anda agar tidak terlalu tertekan.

Jerawat Di Pipi Kanan – Kebiasaannya jerawat yang banyak tumbuh di pipi kanan membawa petanda alahan. Contohnya alahan kepada seafood atau makanan masam. Selain itu ia juga ada kemungkinan berkaitan dengan paru-paru anda.

Jerawat Di Pipi Kiri – Jerawat di pipi kiri pula memberi gambaran kemungkinan toksin dalam dalam badan anda adalah agak tinggi. Malah ada kajian menunjukkan bahawa jerawat di pipi kiri ada kaitan dengan hati. Jadi pastikan emosi dan mood anda sentiasa ceria dan tidak terganggu.

Jerawat Di Hidung – Kerap tumbuh jerawat di hidung pula memberi petanda sistem pencernaan anda mungkin ada masalah. Elakkan mengambil makanan yang sejuk kerana ia boleh menjadi punca pengeluaran asid gastrik yang boleh menjejaskan sistem pencernaan anda.

Jerawat Di Dagu – Selalunya jerawat di dagu memberikan petanda bahawa haid atau period anda sudah semakin hampir. Jadi jika anda berdepan dengan masalah jerawat di dagu setiap kali menjelang period, eloklah anda sediakan krim anti jerawat. Nampak jerawat kecil dah tumbuh je, lekas-lekas sapu dengan krim anti jerawat untuk mengelak jerawat tersebut makin membesar dan merah.

Semoga artikel Apakah Maksud Disebalik Jerawat Tumbuh Di Muka ini bermanfaat untuk anda. Apa yang penting adalah sentiasa jaga kebersihan muka dan gunakan produk penjagaan wajah yang bersesuaian dengan kulit muka anda.

(Visited 204 times, 1 visits today)

Check Also

7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam

7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam

7 Jenis Makanan Untuk Pulihkan Orang Demam. Jika anda sedang mencari menu makanan yang sesuai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *