Home » Kesihatan » Masalah Kesihatan » Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HFMD

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HFMD

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HFMD. Apa itu HFMD? Penyakit tangan, kaki dan mulut atau dikenali sebagai HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Virus HFMD merebak melalui sentuhan secara langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang telah dijangkiti. Malah seorang kanak-kanak juga boleh dijangkiti jika dia menyentuh permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD .

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HFMD

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HFMD

Tanda-tanda awal penyakit HFMD

  1. demam
  2. sakit tekak
  3. luka atau ulcer dalam mulut
  4. ruam atau lepuh di tangan dan kaki
  5. hilang selera makan

Secara amnya, seseorang yang dijangkiti HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut ini boleh boleh meyebarkan virus ini dalam peringkat awal dia dijangkiti. Malah orang dewasa juga boleh dijangkiti dengan virus ini cuma dia mungkin tidak mengalami sebarang gejala. Namun orang dewasa tetap boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Tanda-tanda awal penyakit HFMD ini selalunya ketara selepas 3 hari seseorang kanak-kanak dijangkiti. Dan mengambil masa  kira-kira 10 hari untuk pulih sepenuhnya. Penyakit HFMD selalunya akan menyebabkan jangkitan ringan dan boleh sembuh dengan sendirinya. Tetapi ada segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan virus EV71 yang lebih merbahaya. Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Cara Mengawal Penyakit HFMD Dari Merebak

Biarpun pesakit yang dijangkiti dengan penyakit HFMD ini boleh sembuh dengan sendiri, ibu bapa atau penjaga perlu kawal suhu badan anak agar tidak naik terlalu tinggi. Bekalkan air minuman yang mencukupi agar si kecil anda tidak mengalami dehidrasi. Apa yang penting adalah pastikan pesakit dikuarantin untuk mengelak penyakit HFMD ini dari terus merebak.

Apa yang penting adalah semua pihak kena mainkan peranan untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Elak membawa anak-anak ke tempat yang sesak dan mempunyai tahap kebersihan yang rendah. Ibu bapa juga kena pantau tahap kebersihan dan kesihatan anak. Segera bawa anak untuk mendapatkan rawatan sekiranya ada menunjukkan simptom atau tanda-tanda penyakit HFMD.

Semoga artikel Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang HFMD ini memberi anda sedikit informasi tentang penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD.

kkm

(Visited 31 times, 1 visits today)

Check Also

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek Di Astro

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek

Sinopsis Drama Cik Reen Dan Encik Ngok Ngek. Drama berjudul Cik Reen Dan Encik Ngok Nek …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *