Friday , 20 October 2017
Home » Kesihatan » Diet Dan Pemakanan » Amalkan 5 Tips Ini Untuk Turunkan Berat Badan

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Turunkan Berat Badan

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Turunkan Berat Badan. Anda ada masalah berat badan berlebihan? Ingin tahu cara untuk kurus secara sihat?

Kerap terdengar keluhan di sana sini tentang betapa sukarnya nak turunkan berat badan. Diet sampai kena gastrik, bersenam sampai rasa nak patah pinggang tetapi berat masih tidak sampai ke tahap ideal.

Amalkan 5 Tips Ini Untuk Turunkan Berat Badan.

Kenapa? Dimana silapnya?

Silapnya adalah anda menurunkan berat badan dengan cara yang salah. Cuba 5 cara kuruskan badan secara sihat seperti ini.

5 TIPS BERKESAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

1) 8 Gelas Air Suam Setiap Hari – Amalkan minum air dengan kuantiti yang lebih dari biasa untuk menurunkan selera makan secara semulajadi. Air selain membersihkan toksin dalam badan dan menghidratkan tubuh, ia juga dapat membuatkan anda merasa kenyang dengan lebih cepat. Untuk kuruskan badan, anda boleh cuba cara ini: Minum segelas dua air suam sebelum anda menikmati makanan. Air itu akan membuatkan anda cepat berasa kenyang dan tidak perlu makan dalam kuantiti yang berlebihan.

2) Amalkan Minum Air Limau –  Untuk anda yang ingin berdiet secara sihat, NW syorkan anda minum minuman yang masam seperti air limau, lemon atau air oren tanpa gula untuk menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Anda hanya perlu minum segelas air limau setiap kali selepas makan terutamanya selepas makan makanan yang berlemak atau berminyak. Elak minum air limau sebelum makan kerana ia akan meningkatkan risiko terkena gastrik.

3) Jangan Ambil Minuman Berkarbonat / minuman dan makanan yang tinggi kandungan gula – Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula boleh mengemukkan selain meningkatkan risiko terkena penyakit kencing manis. Untuk anda yang ingin kurus, boleh gantikan gula putih dengan madu asli.

4) Lebihkan Sumber Protein –  Selain gula, anda perlu kurangkan pengambilan karbohidrat. Namun untuk memastikan badan tetap kekal bertenaga, anda perlu lebihkan pengambilan sumber protein. Untuk kurus anda tidak perlu menahan lapar sehingga membuatkan badan menjadi lemah dan muka pun nampak kusam, sebaliknya anda kena bijak memilih makan dan makan secara sihat. Kurangkan nasi sebaliknya lebihkan lauk yang kaya dengan sumber protein seperti telur, tauhu dan ikan.

5)Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan – Untuk kurus secara sihat, anda perlu lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Ubah diet anda. Kurangkan nasi dan makanan berlemak, lebihkan salad, ulam-ulaman dan buah-buahan segar.

Semoga dengan Amalkan 5 Tips Ini Untuk Turunkan Berat Badan ini anda akan mendapat berat badan yang anda idamkan. Dalam masa yang sama, jangan lupa bersenam ya.

 

(Visited 305 times, 1 visits today)

Check Also

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Yang Rangup Dan Sedap

RESEPI KARIPAP YANG RANGUP DAN SEDAP. Nak tahu cara buat kulit karipap yang rangup dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *